Banjir: TNB Tutup Beberapa Pencawang Elektrik Di Rantau Panjang

tnb banjir rantau panjang

Banjir: TNB Tutup Beberapa Pencawang Elektrik Di Rantau Panjang

KOTA BHARU, 26 Dis (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah menutup bekalan di beberapa pencawang elektrik di Rantau Panjang, Pasir Mas susulan hujan dan banjir bermula malam tadi.

TNB memaklumkan langkah itu dibuat bagi memastikan keselamatan pengguna.

“Berikut adalah kawasan yang tidak mendapat bekalan elektrik ekoran penutupan bekalan oleh TNB demi keselamatan pengguna setempat melibatkan Banggol Kulim, Kubang Rambutan, Degong, Sekolah Kok Pauh, Padang Nyior, Tanjung Erat, Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Setol, Air Teniat, Gual Tambun dan Balai Polis Lubok Setol,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Facebooknya.

Menurut TNB penutupan bekalan elektrik itu turut melibatkan kawasan Pondok Gual Dalam, Lubuk Setol, Mountain Ore, Kampung Rahmat, SK Kampung Rahmat dan Limau Purut.

BACA JUGA: Sarawak Rekod Pendapatan Cecah RM13.1 Bilion Pada 2023 – Abang Jo

TNB berkata sekiranya banjir semakin bertambah buruk, berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.

“Sentiasa waspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Simpan dokumen penting di tempat yang selamat,” menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA

The post Banjir: TNB Tutup Beberapa Pencawang Elektrik Di Rantau Panjang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*