Bantu Beli Rumah Pertama, Skim Rumah Pertamaku Dimansuhkan 1 April Ini

skim rumah pertamaku dimansuhkan 1 april

Bantu Beli Rumah Pertama, Skim Rumah Pertamaku Dimansuhkan 1 April Ini

Diperkenalkan sejak 2011, Skim Rumah Pertamaku (SRP) bakal melabuhkan tirainya apabila skim ini akan dimansuhkan pada 1 April nanti.

Pengumuman tersebut dibuat oleh perbadanan pengurusan skim tersebut, Cagamas Bhd menerusi laman webnya. Susulan itu, Cagamas Bhd turut meninggalkan nasihat kepada para ramai berkenaan skim berkenaan.

Badan tersebut menasihati orang ramai, khususnya individu yang berminat untuk memohon pinjaman atau pembiayaan menerusi skim tersebut agar mengemukakan permohonan sebelum 31 Mac.

“Sila kunjungi mana-mana cawangan bank yang mengambil bahagian atau hubungi kami di talian 03-2262 1800 untuk maklumat lanjut,” kata Cagamas Bhd pada Rabu.

skim rumah pertamaku dimansuhkan 1 april
Kredit: Cagamas

Dalam laman yang sama, Cagamas turut memaklumkan bahawa lebih 90,000 pemohon berjaya mendapatkan pembiayaan menerusi skim tersebut.

Tambahnya, lebih 90 peratus pemohonan terdiri daripada golongan B40 dan belia yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun.

Untuk makluman, SRP Skim adalah inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu pemohon untuk membeli rumah pertamanya.

Permohonan pinjaman atau pembiayaan akan diproses dan diluluskan oleh bank yang terlibat berdasarkan kriteria Skim dan standard pengunderaitan (underwriting) kredit bank masing-masing.

Selain itu, skim tersebut diperkenalkan bagi membantu isi rumah berpendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000 untuk mendapatkan rumah pertama mereka.

Melaluinya, pembeli dapat memperolehi pembiayaan sehingga 110 peratus daripada bank terlibat, tanpa perlu membayar wang pendahuluan terlebih dahulu.

Cagamas akan memberi jaminan sebanyak 20 peratus bagi setiap pembiayaan atau pinjaman yang diperoleh untuk pembelian rumah pertama.

Pemohon boleh memilih sama ada ingin membuat permohonan bersama atau secara individu, asalkan tiada rekod buruk pembiayaan dalam tempoh 12 bulan sebelum memohon.

Ada yang akan jadi jika SRP dimansuhkan?

Selepas pemansuhan SRP, para pembeli perlu menyediakan deposit sebanyak 10 peratus daripada harga rumah yang ingin dimiliki.

Maka, pembeli rumah tidak lagi dapat menikmati keistimewaan dari segi pengecualian pembayaran wang pendahuluan ketika membeli rumah selepas pemansuhan SRP

BACA: Arah Tangkap Presiden Rusia, Ketahui Apa Kuasa Serta Fungsi Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)

Sumber: Sinar Harian

The post Bantu Beli Rumah Pertama, Skim Rumah Pertamaku Dimansuhkan 1 April Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*