Jualan Akhir Tahun Traveloka Bawa Rakyat Malaysia Ke Seluruh Dunia Dengan Diskaun & Ganjaran Hebat

Jualan Akhir Tahun Traveloka

KUALA LUMPUR, 29 November 2023 – Rakyat Malaysia gemar jualan dan peluang melancong, dan Jualan Akhir Tahun Traveloka menawarkan peluang keemasan untuk mereka menikmati kedua-duanya.

Traveloka Malaysia menutup tirai tahun 2023 dan menyambut kedatangan Tahun Baru dengan kempen Jualan Akhir Tahun yang menjanjikan diskaun perjalanan dalam dan luar talian luar biasa melebihi RM1,800. Terdapat juga hadiah percuma percutian dalam bentuk tiket penerbangan ke Taipei, Boracay dan Pulau Pinang serta penginapan di hotel terkemuka seperti The George di George Town, Pulau Pinang, dan promosi dari jenama terkenal dunia seperti muzium lilin Madame Tussauds. Kempen ini bermula pada 29 November 2023 dan berakhir pada 3 Januari 2024.

“Percutian menyatukan keluarga, dan Traveloka mahu mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan membolehkan mereka merancang dan melancong ke destinasi tempatan dan antarabangsa dengan mudah,” kata Iko Putera, Ketua Pegawai Eksekutif Pengangkutan, Traveloka. “Diskaun dan ganjaran Jualan Akhir Tahun adalah peluang terbaik untuk mereka berbuat demikian, dan kami tidak sabar untuk menghantar mereka ke percutian dengan senyuman yang lebar.”

“Kami mengetengahkan Jualan Akhir Tahun untuk bukan sahaja mempromosikan pelancongansebagai cara menarik untuk mengingati dan melihat tempat baharu, bertemu kenalan baharu dan mencungkil pengalaman baharu, tetapi sebagai salahsatu cara untuk menzahirkan penghargaan kami kepada pelanggan atas sokongan mereka selama ini,” tambah beliau.

Selain promosi dalam talian, Traveloka turut menjawab kepada permintaan tinggi pelanggan dengan membuka satu tapak reruai di Pusat Beli-belah 1 Utama dari 29 November hingga 3 Disember 2023.Traveloka akan berada di tapak untuk membantu pelanggan merealisasikan aspirasi percutian mereka danmemeriahkan acara tersebut dengan menawarkan kupon eksklusif dan peluang untuk memenangi hadiah percutian percuma kepada pelanggan dalam bentuk tiket penerbangan dan penginapan hotel. Pelanggan bakal berpeluang untuk terbang dengan tiket penerbangan pergi balik ke Taipei bersama Batik Air dan STARLUX Airlines, ke Pulau Pinang bersamaBatik Air, dan ke Boracay bersama Philippine Airlines. Penginapan hotel yang bakal diberikan termasuk 3H2M di Lexis Hibiscus Port Dickson atau Wings oleh Croske Resort Langkawi, dan 2H1M di The George Penang oleh The Crest Collection.

Catherine Teoh, Pengarah Urusan The George Penang oleh The Crest Collection (Ascott) berkata: “The George Penang sangat teruja untuk mengalu-alukan tetamu di hotel butik mewah 5 bintang kontemporari kami. Kami pasti tetamu akan mendapati perkhidmatan, penginapan dan persembahan yang tiada tandingannya yang menepati citarasa mereka apabila menerokai warisan kaya tak lapuk zaman, budaya dan masakan yang terkenal di George Town.”

Traveloka sentiasa komited untuk menyediakan pelanggan pengalaman perjalanan bertaraf dunia melalui rangkaian produk dan perkhidmatan yang luas. Jualan Akhir Tahun disertakan dengan tambahan diskaun dan tawaran murah, menjadikannya acara yang hebat yang tidak patut dilepaskan oleh rakyat dan penduduk Malaysia.

Jualan Akhir Tahun Traveloka disokong oleh Batik Air, Lexis Hibiscus Port Dickson, Philippine Airlines, STARLUX Airlines, The George Penang oleh the Crest Collection (Ascott), dan Wings oleh Croske Resort Langkawi.

The post Jualan Akhir Tahun Traveloka Bawa Rakyat Malaysia Ke Seluruh Dunia Dengan Diskaun & Ganjaran Hebat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*