Bapa Pelajar Orang Asli Temuan Pinjam Kereta Hantar Anak Masuk Universiti

bapa asli kereta

Bapa Pelajar Orang Asli Temuan Pinjam Kereta Hantar Anak Masuk Universiti

KOTA BHARU, 2 Okt (Bernama) — Tidak mahu ‘pisang berbuah dua kali’, seorang bapa daripada Orang Asli suku Temuan di Pahang sanggup meminjam kereta dan menempuh perjalanan sejauh 300 kilometer bagi memastikan anaknya dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Eron Binchar, 41, yang menetap di Kampung Sungai Bot Telemung, Karak berkata dia mengambil masa kira-kira empat jam untuk sampai ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok, semalam bagi mendaftarkan anaknya Fida Adira, 20, yang berjaya mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan.

“Sebelum ini anak sulung saya yang juga kakak kepada Fida Adira pernah mendapat tawaran menyambung pelajaran di sebuah universiti tetapi terpaksa ditolak kerana kesempitan hidup.

“Kali ini saya tidak mahu perkara sama berulang, sebaliknya saya akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan kesempitan hidup tidak menjadi halangan untuk anak-anak saya berjaya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Eron berkata dia bersama isteri, Fatimah Ali, 49, bertolak dari rumah pada Sabtu malam dengan meminjam kereta Proton Saga milik saudaranya untuk mendaftarkan Fida Adira di UMK.

Katanya walaupun dia sekadar bekerja kampung dan meraih pendapatan tidak seberapa serta tinggal jauh di pedalaman, pelajaran anak-anaknya tidak akan diabaikan.

“Sejak kecil lagi, Fida Adira sangat rajin dan cemerlang dalam pelajaran. Saya tidak mahu menghampakan keinginannya untuk melanjutkan pelajaran.

“Menerusi inisiatif laluan khas Bahagian Kemasukan UPU dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMK, akhirnya anak saya berjaya melanjutkan pengajian di universiti ini,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Medevac: JBPM Bantu Remaja Orang Asli Terkena Renjatan Elektrik Dapatkan Rawatan

The post Bapa Pelajar Orang Asli Temuan Pinjam Kereta Hantar Anak Masuk Universiti appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*