Cara Set “Keyless Entry” Proton Saga, Buka Pintu Pemandu Je

Set “Keyless Entry” Proton Saga

Cara Set “Keyless Entry” Proton Saga, Buka Pintu Pemandu Je

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan kejadian kes ‘ragut’ yang menjadi tular di media sosial. Kes ini sedikit berbeza, kerana ia bukan jenayah beg tangan direntap dari bahu mangsa seperti yang selalu dengar. Sebaliknya ia melibatkan benda kepunyaan seseorang yang dilarikan daripada kenderaannya.

Dalam video yang tular, insiden berkenaan dilapor berlaku di sebuah stesen minyak. Seorang lelaki dirakam menunggu seorang wanita untuk menyahkunci pintu keretanya. Apabila pintu sudah dinyahkunci, lelaki berkenaan dengan pantas membuka pintu penumpang hadapan dan melarikan barangan peribadi wanita tersebut.

Situasi berkenaan boleh terjadi kerana biasanya apabila kita menyahkunci pintu kereta, keempat-empat pintu akan dinyahkunci secara serentak.

Ia mendedahkan kepada perbuatan jenayah kerana kita mungkin tidak menyedari kita diekori dan pintu kenderaan dibuka orang asing.

Seorang pengguna akaun TikTok (@protoncahaya), baru-baru ini berkongsi satu fungsi menarik yang ditawarkan bersama keyless entry Pronton Saga baharu.

Seperti yang semua sedia maklum, fungsi keyless entry membenarkan pemiliki membuka pintu kenderaan yang dikunci tanpa menggunakan kunci.

Dalam video berkenaan, seorang lelaki berkongsi cara untuk set fungsi keyless entry Proton Saga supaya hanya satu pintu, iaitu pintu pemandu sahaja terbuka.

Fungsi ini sudah tentu sangat menarik kenara ia dapat menghalang orang asing membuka pintu kenderaan tanpa sedar. Malah, ia juga mampu mengelak barang peribadi dalam kenderaan dilarikan.

Jadi, bagaimanakah caranya? Pertama sekali, dapatkan kunci Proton Saga dan pastikan semua pintu berkunci.

Biasanya pada kunci kereta, terdapat tiga butang iaitu butang kunci, nyahkunci dan butang kecemasan. Untuk mengaktifkan tetapan tersebut, tekan kedua-dua butang kunci dan nyahkunci secara serentak selama lima saat sehingga lampu isyarat kereta menyala.

Bagi menguji sama ada tetapan tersebut diaktifkan ataupun sebaliknya, anda boleh cuba untuk membuka pintu kenderaan pada bahagian penumpang.

Jika ia tidak dapat dibuka bermaksud anda berjaya mengaktifkan tetapan ini. Namun, bagaimana cara untuk membuka pintu-pintu penumpang pula?

Terdapat dua cara, salah satunya menekan butang nyahkunci yang ada dibahagian dalam atau menekan butang nyahkunci pada kunci kereta.

Kalau saya sudah tidak mahu setting buka pintu belah pemandu sahaja, bagaimana?

Akan tetapi, kalau suatu hari nanti anda sudah tidak selalu memandu secara bersendirian disebabkan sudah tidak ‘single’ lagi, tetapan ini mungkin agak menjengkelkan.

Jangan risau, anda masih boleh kepada tetapan asal dengan melakukan langkah-langkah yang sama.

@protoncahaya

Keyless Entry ni bagus ke? Ada yg dah tahu ke? 🤔 #ProtonCahaya #foryou #foryoupage #fyp #tiktokguru #malaysia #viral #ProtonSaga

♬ original sound – Proton Cahaya 3S Segambut KL – Proton Cahaya 3S Segambut KL

Tetapan ini sudah semestinya dapat memberikan perlindungan bagi individu-individu yang selaku melakukan pemanduan secara berseorangan.

Ia dapat melindungi pemandu solo, khususnya ketika pemanduan waktu malam  ataupun golongan yang mudah disasarkan seperti wanita dan warga emas.

BACA: Polis Buru Dua Suspek Samun Wanita Di Stesen Minyak Di Cheras

Sumber: protoncahaya via TikTok

The post Cara Set “Keyless Entry” Proton Saga, Buka Pintu Pemandu Je appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*