Bapa Tunggal Nekad Berpakaian Seperti Wanita, “Join” Sambut Hari Ibu Bersama Anak Di Sekolah

bapa sambut hari ibu bersama anak

Bapa Tunggal Nekad Berpakaian Seperti Wanita, “Join” Sambut Hari Ibu Bersama Anak Di Sekolah

Seorang bapa tunggal di Thailand mendapat pujian netizen selepas berpakaian seperti seorang ibu dalam sambutan Hari Ibu anak perempuannya di sekolah, lapor Mashable SE Asia.

Video perkongsian sambutan itu telah dimuat naik oleh lelaki tersebut menerusi satu hantaran video di akaun TikTok yang bernama @joey_kp miliknya.

Berdasarkan video itu, lelaki bernama Pratchaya Tadeebu atau lebih mesra disapa Joe, 48, dilihat sedang duduk di dewan terbuka bersama ibu bapa pelajar lain.

Video itu kemudian menunjukkan anak perempuannya Nattawadee Kornjan, 15, yang dikenali sebagai Cream tunduk hormat sebagai tanda penghormatan kepadanya.

Selepas itu, Cream turut memeluk erat bapanya itu di hadapan hadirin yang lain.

Joe lengkap berpakaian gaun berkotak-kotak dan berambut palsu yang panjang tersenyum lebar lalu membalas pelukan anak perempuannya.

Dia juga dilihat memberikan beberapa ciuman di dahi Cream sebelum merapikan rambut anaknya seperti seorang ibu sebenar.

Menurut Joe, dia mendedahkan bahawa Cream sebenarnya adalah anak angkat dan dia telah membesarkannya sebagai seorang bapa tunggal.

“Walaupun saya seorang bapa tunggal dan bapa tirinya. Saya selalu memberitahu Cream bahawa dia adalah anak saya dan saya menyayanginya seperti anak kandung saya sendiri.

“Saya akan melakukan yang terbaik sebagai ayah dan ibu untuk menjaga anak perempuan saya itu,” kata Joe kepada pemberita.

Memikirkan rancangan untuk sambutan Hari Ibu bersama

Anak beranak itu pada awalnya hanya membincangkan rancangan mereka untuk menyambut Hari Ibu yang disambut setiap tahun pada 12 Ogos.

Disebabkan tidak mahu anaknya tersisih, dia memutuskan untuk berpakaian sebagai seorang wanita untuk sambutan tersebut.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

“Idea untuk berpakaian sebagai wanita timbul dan saya langsung tidak berasa malu. Kami sentiasa mencari cara untuk berseronok bersama,” tambah Joe.

Joe yang juga merupakan seorang guru di sekolah anak perempuannya itu telah menepati kata-katanya untuk menemaninya sebagai seorang ibu.

Perbuatan itu telah membuatkan Cream terharu dan ramai netizen memuji keberanian lelaki tersebut.

“Anak perempuan anda akan menyayangi anda seperti mana anda menyayanginya” tulis seorang netizen di ruangan komen video tersebut.

“Anda tidak perlu perkara yang lain apabila anda memiliki kebahagian seperti ini,” tulis seorang lagi.

@joey_kp

“แม่” ฉันก็เป็นให้แกได้555

♬ เป็นทุกอย่าง – Room 39

Sumber: Mashable SE Asia

The post Bapa Tunggal Nekad Berpakaian Seperti Wanita, “Join” Sambut Hari Ibu Bersama Anak Di Sekolah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*