Barcelona Letak Nama Aubameyang Sebagai Juara La Liga

aubameyang juara la liga

Barcelona Letak Nama Aubameyang Sebagai Juara La Liga

Walaupun sedang beraksi bersama Chelsea yang bergelut dengan prestasi buruk di EPL, Pierre-Emerick Aubameyang tetap berjaya ‘menjulang’ satu trofi musim ini, tetapi dengan pasukan yang berbeza.

Kejayaan manis berjaya dilakar oleh bekas penyerang Arsenal itu selepas Bercelona meletakan nama beliau dalam senarai skuad juara La Liga pada musim ini.

Sebelum berpindah ke Chelsea, Aubameyang merumput bersama The Catalan dan sempat beraksi selama lapan minit bersama kelab itu pada musim ini. Satu-satunya perlawanan yang dimainkan oleh Aubameyang adalah ketika beliau diturunkan sebagai pemain pengganti dalam perlawanan pembukaan kempen ketika menentang Rayo Vallecano. Perlawanan berkenaan berkesudahan seri 0-0.

Bagaimanapun, minit permainan yang cukup sederhana itu sudah memadai untuk melayakkan beliau dinobatkan sebagai juara Liga Sepanyol.

Aubameyang juara La Liga, aneh?

Perkara berkenaan dapat dilihat dalam perarakan trofi kejuaraan yang diadakan di ibu kota Barcelona baru-baru ini. Selain namanya dicetak pada t-shirt khas pasukan Barcelona, gambar beliau turut terpampang pada dinding bas perarakan trofi kelab berkenaan.

Untuk rekod, Aubameyang mula mencipta nama selepas menggantikan posisi Robert Lewandowski di Borrusia Dourtmund. Persembahan menakjubkan yang ditampilkan menyaksikan Arsenal membawa masuk penyerang kebangsaan Gabon itu beraksi bersama mereka di EPL.

Namun kontroversi demi kontroversi yang timbul, beliau kemudian mengambil keputusan untuk berpindah ke saingan La Liga dan beraksi dengan Barcelona.

Walaupun beraksi dengan baik di awal penampilannya, ketibaan Lewandowski di Barcelona menyaksikan Aubameyang hanya menjadi penyerang pilihan kedua.

Karier Aubameyang mendapat suntikan tonik apabila dilamar oleh Chelsea dibawah pemilikan baharu kelab yang diketuai oleh taikun dari Amerika Syarikat, Todd Boehly.

Namun begitu, penyerang berkenaan seolah-olah sudah kehilangan bisanya apabila gagal menjadi pilihan utama jurulatih Chelsea dan sering memanaskan bangku simpanan. Secara keseluruhan, Aubameyang hanya beraksi selama 15 perlawanan pada musim pertamanya bersama Chelsea.

Daripada 15 perlawanan tersebut, Aubameyang hanya bermula lima kali sebagai kesebelasan utama dan menjaringkan satu gol sahaja.

Dengan mengambil kira prestasi buruk Chelsea ketika ini dan Aubameyang langsung tidak berpeluang untuk menjadi kesebelasan utama kelab, menjadi juara di liga berbeza mungkin kedengaran sedikit aneh.

BACA: Entah Dari Mana, Lelaki Tiba-tiba Jatuh Gemparkan Jemaah Masjid

Sumber: Sport Bible

The post Barcelona Letak Nama Aubameyang Sebagai Juara La Liga appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*