Dilapor Tidak Sihat, Bayi Tiga Bulan Maut Di Rumah Pengasuh

Bayi 3 Bulan Maut Di Rumah Pengasuh

Dilapor Tidak Sihat, Bayi Tiga Bulan Maut Di Rumah Pengasuh

Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan dilaporkan meninggal dunia semasa berada di rumah pengasuhnya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, bayi itu baru sahaja dua hari berada di bawah jagaan pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya.

Pihaknya telah menerima laporan berkenaan kejadian menghibakan tersebut daripada Pegawai Perubatan Hospital Putrajaya pada 1.04 petang, pada Selasa.

“Difahamkan, pengadu menerima bayi berkenaan yang dibawa pengasuh pada 11.45 pagi, namun semasa tiba di zon merah bayi dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tiada tanda hidup.

“Pengasuh turut memaklumkan telah melakukan bantuan pernafasan sejak dari rumah dan diteruskan di unit kecemasan selama 30 minit namun bayi itu tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada jam 12.16 tengahari,” katanya seperti dilaporkan oleh Astro AWANI, pada Rabu.

Ujar Asmadi, hasil pemeriksaan fizikal ke atas bayi tersebut tidak menemui sebarang kecederaan. Justeru, jasad bayi malang itu diserahkan kepada Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

Bayi tidak sihat sudah seminggu, maut di rumah pengasuh

Tambahnya, pihak polis juga sudah mengambil keterangan daripada ibu bapa mangsa serta pengasuhnya.

“Bapa mangsa memaklumkan anaknya dihantar ke rumah pengasuh ketika hari kejadian dalam keadaan tidak sihat kerana mengalami batuk seminggu sebelum ini.

“Ibu mangsa pula berkata, Isnin lalu, anaknya telah dihantar ke sebuah Klinik di Presint 18 untuk pemeriksaan kesihatan dan telah dimaklumkan doktor bahawa keputusan X-Ray menunjukkan mangsa tidak mengalami sebarang masalah.

“Ibunya memaklumkan, doktor di klinik itu memberikan ubat batuk dan ubat gatal dan dia hanya memberikan ubat batuk kepada anaknya itu,” kata Asmadi lagi.

Manakala pengasuhnya pula memberitahu dia menjaga empat orang kanak-kanak termasuk mangsa.

“Bayi berkenaan dihantar pada jam 8 pagi oleh ibunya dan berada dalam keadaan hendak tidur dan tiada masalah namun dia dimaklumkan bahawa mangsa ada sedikit batuk dan kemungkinan berkahak.

“Selepas solat Duha, pengasuh menyedari mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri apabila mahu dikejutkan untuk menyusu.

“Pengasuh turut melakukan bantuan pernafasan kepada mangsa namun mendapati terdapat sedikit darah keluar di lubang hidung kiri bayi itu,” katanya.

Kata Asmadi, pengasuh terus menghubungi talian kecemasan serta memaklumkan ibu bapa mangsa dan segera membawa bayi itu ke hospital.

“Difahamkan, pengasuh pernah mengikuti kelas bantuan pernafasan beberapa kali semasa bekerja di sebuah hotel sebelum ini.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga keputusan bedah siasat diperoleh,” ujarnya.

BACA: Penyamun Maut, Dilanggar Pemandu Kereta Yang Hendak Disamunnya – Siakap Keli

Sumber: Astro Awani

The post Dilapor Tidak Sihat, Bayi Tiga Bulan Maut Di Rumah Pengasuh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*