Bos Baik Hati, Staff Boleh Buat Pinjaman Syarikat “0% Interest” Beli Tiket Konsert Coldplay

pinjaman konsert Coldplay

Bos Baik Hati, Staff Boleh Buat Pinjaman Syarikat “0% Interest” Beli Tiket Konsert Coldplay

Menghadiri konsert merupakan impian hampir semua peminat muzik, namun harga tiket yang tinggi menyebabkan kita terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Secara purata, harga bagi satu tiket konsert antarabangsa misalnya yang diadakan di Stadium Bukit Jalil sebelum ini dijual pada harga diantara RM228 sehingga RM3,088.

Amaun berkenaan sememangnya agak besar dan boleh menyebabkan poket ‘koyak’, sekaligus menjejaskan perancangan kewangan bulanan.

Nak tak nak, jika artis yang datang itu merupakan kumpulan muzik idola, terpaksalah menabung dari awal ataupun ‘mengusik’ tabungan kecemasan, kan?

Jika hendak meminjam, ia bukan satu perkara yang wajar, jauh sekali logik, hanya semata-mata untuk berhibur. Apatah lagi, setiap pinjaman biasanya dikenakan bunga dan bayaran yang perlu dijelaskan jauh lebih tinggi daripada amaun yang dipinjam.

Begitu pun, percaya atau tidak, ada sebuah syarikat yang sudi memberikan pinjaman kepada pekerjanya untuk membeli tiket konsert artis kegemaran mereka.

Syarikat beri galakan kepada pekerja untuk hadiri konsert Coldplay

Menurut ciapan seorang pengguna Twitter (@aetheraz), dia memberitahu bahawa syarikatnya telah menyediakan pinjaman bagi sesiapa yang ingin menghadiri konsert Coldplay tidak lama lagi.

Difahamkan, syarikat yang bertempat di Indonesia itu menghantar berita gembira kepada pekerjanya menerusi emel.

Menurut penulis ciapan tersebut, emel tersebut ditulis oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu sendiri. Beliau merupakan peminat Coldplay dan berkongsi pengalamannya menghadiri konsert kumpulan tersebut sebelum ini.

“Saya terbang ke Singapura dan Bangkok ketika Coldplay kali terakhir mengadakan konsert jelajah Asianya pada 2017. Itu merupakan pengalaman yang menakjubkan. Ia merupakan konsert terbaik yang pernah dihadiri sepanjang hidup saya.”

Kemudian, beliau mengingatkan para pekerjanya bahawa Coldplay bakal datang ke Indonesia bagi mengadakan konsertnya selepas beberapa dekad.

“Jika anda meminati Coldplay, anda tidak patut melepaskan konsertnya di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 15 November ini. Selepas beberapa dekad menanti, akhirnya mereka berada di sini.”

Selain memberikan galakan, CEO tersebut turut berbesar hati dalam menawarkan pinjaman kepada pekerjanya yang ingin membeli tiket konsert kumpulan tersebut.

“Untuk memudahkan urusan kalian, setiap pekerja layak untuk mendapatkan pinjaman tanpa bunga ketika membeli tiket Coldplay buat diri sendiri.

“Pinjaman tersebut akan ditolak daripada bayaran gaji anda secara langsung,” kata bos tersebut.

Dalam pada itu, pemilik tweet itu berkata, sepanjang dua tahun bekerja disitu, suasana syarikat tersebut sangat baik dan stafnya menyokong antara satu sama lain.

Ketika ditanya apakah nama syarikat tempat dia bekerja, wanita itu bagaimanapun hanya sekadar memberi bayangan sahaja. Katanya syarikat tersebut berada di Kuningan dan nama syarikat bermula dengan HF.

Tindakan syarikat dianggap agak luar biasa dan dikatakan pihaknya bakal melakukan perkara yang sama untuk konsert Taylor Swift pada masa yang akan datang.

BACA: Dapat RM31 Juta Sebab Main Game, Ini 5 ‘Gamers’ Paling Kaya Di Dunia 2023

Sumber: @aetheraz via Twitter

The post Bos Baik Hati, Staff Boleh Buat Pinjaman Syarikat “0% Interest” Beli Tiket Konsert Coldplay appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*