Baru Sampai Malaysia, Kereta GR Yaris Kansai Milik Pekin Ibrahim Barai “Accident”

GR Yaris Kansai Pekin

Baru Sampai Malaysia, Kereta GR Yaris Kansai Milik Pekin Ibrahim Barai “Accident”

Kereta GR Yaris edisi Kansai milik pelakon Pekin Ibrahim dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Putra Height.

Walau bagaimanapun, kereta tersebut dilaporkan bukan dipandu oleh Pekin sebaliknya oleh rakan-rakannya seramai tiga orang.

Salah seorang daripada penumpang dikatakan telah patah bahu manakala dua lagi sedang mendapatkan rawatan.

Kereta Yaris berwarna hitam edisi Kansai itu dikatakan mengalami ‘total lost’.

Kredit Facebook

Dalam pada itu, Pekin juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang cuba menghubunginya dan mendoakan keselamatannya.

“Aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada semua yang call, WhatsApp aku, yang DM aku bertanya khabar dan mendoakan benda yang baik-baik.

“Bukan hanya untuk aku, kita berharap doa yang baik-baik kepada sahabat-sahabat aku yang bawa kereta dan ada dalam kereta tu,” kata Pekin menerusi perkongsian video di saluran YouTube miliknya.

Kredit Facebook

Beritahu Pekin lagi, kejadian itu berlaku sekelip mata dan tidak pasti apa yang telah menyebabkan kemalangan tersebut.

Selain itu, Pekin juga sempat menasihati orang ramai agar berhati dan biasakan dengan jentera dan mesin milik orang lain.

“Berhati-hati di jalan raya geng. Kalau kita dapat kereta member kalau boleh cuba dulu, orang kata biasakan dengan jentera, biasakan dengan mesin. Kita kena buat macam kereta oranglah senang cerita.

“Tapi kita bukan nak blamekan sapa-sapa benda pun dah jadi. Yang aku nak clear kan dekat sini, bukan aku yang bawa, semua selamat tiga orang dalam kereta tu. Cuma cederalah,” tambah Pekin lagi.

Bercakap mengenai kereta itu pula, Pekin jelas kecewa dengan apa yang berlaku pada kereta miliknya itu.

BACA: Tak Perlu Kopek Guna Kuku, Lelaki Ajar Cara Sebenar Buka Gula-Gula Lolipop

Menurutnya, kereta itu dibuatnya daripada kosong di Jepun bersama Kansai dan setiap proses ubah suai itu juga dirakam oleh Pekin sebagai tanda kenangan.

“Sayanglah benda dah jadi gini, siap ada sign Kansai dekat ‘dashboard. Tak apalah tak ada rezeki orang kata,” kata Pekin mengenai kereta miliknya itu.

Sementara itu, Pekin juga meminta orang ramai untuk menghentikan tohmahan dan komen yang bukan-bukan mengenai kejadian tersebut.

Sumber: YouTube/Pekin Ibrahim

The post Baru Sampai Malaysia, Kereta GR Yaris Kansai Milik Pekin Ibrahim Barai “Accident” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*