Baru Tahu, Cara Potong Mentega & Simpan Terus Guna “Baking Paper”

cara simpan mentega

Baru Tahu, Cara Potong Mentega & Simpan Terus Guna “Baking Paper”

Produk berasaskan tenusu seperti mentega adalah antara bahan masakan utama yang digunakan rakyat Malayasia.

Ada banyak juadah memerlukan ‘kehadiran’ mentega, antara ketika menyediakan kek ataupun dalam pembuatan roti.

Dengan mentega, tekstur roti atau kek menjadi lebih gebu dan rasanya lebih berlemak serta sedikit masin.

Bagi anda yang sering menggunakan mentega, pasti pernah berdepan dengan masalah cara untuk menyimpan lebihan produk tenusu tersebut.

Jika disimpan dengan cara yang salah, mentega tadi akan cepat rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Justeru, perkongsian pada hari ini berkisar tentang cara hendak memotong dan menyimpan mentega dengan betul.

Perkongsian itu telah dilakukan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @nurain_z_.

Cara simpan mentega guna baking paper

Berdasarkan perkongsian tersebut, hanya dua barang sahaja diperlukan iaitu pisau untuk memotong mentega dan baking paper untuk tujuan menyimpan.

Cumanya, anda perlu mengaplikasikan sedikit teknik supaya kedua-duanya boleh dilakukan serentak.

Mula-mula gunting baking paper tadi mengikut saiz mentega yang mahu dipotong.

Sewaktu mahu memotong mentega, alas pisau tadi dengan baking paper terlebih dahulu.

Walaupun disebut memotong mentega, anda disarankan sekadar menekan mata pisau yang dialas dengan baking paper di atas mentega.

cara simpan mentega
Kredit TikTok

Anda tidak perlu menggerakkan pisau seperti sedang menghiris kerana sifat mentega yang lembut. Pada masa yang sama, perbuatan itu dikhuatiri boleh menyebabkan baking paper terkoyak.

Kemudian ulangi langkah yang sama mengikut saiz mentega yang anda mahu guna atau simpan pada masa akan datang.

cara simpan mentega
Kredit TikTok

Seterusnya, mentega yang sudah dibalut dengan baking paper itu perlu disimpan di dalam bekas yang bertutup dan disimpan di dalam peti ais.

Nescaya mentega anda akan tahan lebih lama. Selain itu, mentega juga lebih mudah dikendalikan apabila mahu digunakan kelak.

cara simpan mentega
Kredit TikTok

Untuk mendapat gambaran yang lebih mudah, anda boleh rujuk video di bawah:

@nurain_z_

Kitchen hack 01: Rupanya ada cara yg smart untuk potong n simpan butter. Tak perlu pun nak beli bekas butter yang fancy n mahal sebenarnya. Buat je mcm ni. 😁 #butter #howto #lifehack #mentega #MYfoodie #foodlover #tiktokchef #tiktokfoodie #learnontiktok

♬ original sound – imeranbrad – imeranbrad

Perkongsian menarik daripada Nurain itu kemudiannya telah mendapat perhatian pengguna laman media tersebut.

Rata-rata meninggalkan komen berterima kasih dengan perkongsian tip mudah tersebut.

BACA: Boleh Ke Ganti Gula Dengan Pemanis Tiruan Untuk Pesakit Diabetes? Ikuti Penjelasan Ini

“Cara nak simpan tu memudahkan betul time nak masak,” tulis seorang pengguna.

“Kita yang biasa masuk dapur ni pun baru tahu,” tulis seorang pengguna lagi yang baru mengetahui tentang tip tersebut.

“Terima kasih atas perkongsian,” tulis seorang pengguna yang berterima kasih.

Sumber: TikTok/@nurain_z_

The post Baru Tahu, Cara Potong Mentega & Simpan Terus Guna “Baking Paper” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*