Ribut petir di Sabah, Sarawak malam ini

PETALING JAYA- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, seluruh kawasan di Labuan dan kawasan di Sabah seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod) akan berdepan dengan cuaca buruk ini.

“Di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang,” katanya.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan di lima negeri sehingga esok dan 30 Januari depan.

Ujarnya, hujan lebat berterusan kategori bahaya dikeluarkan di beberapa kawasan sekitar negeri Johor dan Sabah.

“Amaran hujan berterusan kategori buruk dikeluarkan di beberapa daerah di Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

The post Ribut petir di Sabah, Sarawak malam ini appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*