Baru Tengok Trailer Dah Teruja, Ramai Puji Adaptasi K-Drama Ni Macam Produksi Antarabangsa

Tipulah kalau waktu hujung minggu korang tak pernah binge watching Kdrama kan? Biasanya plan nak tengok satu dua episod je, tapi sebab cerita makin syok tengok jela sampai habis.

Macam biasa la, Kdrama ni macam ada satu ‘magis’ yang buatkan kita tertarik untuk tengok sampai habis. Kadang-kadang kita tak terfikir langsung boleh ada plot twist dalam drama tu. Tak hairanlah kalau banyak Kdrama yang diadaptasi (remake) oleh negara-negara lain.

Kalau nak kira memang banyaklah drama remake, tapi antara yang paling popular ialah drama W: Two Worlds. Bagi korang yang tak tahu, drama ni terima banyak awards tau termasuk Drama of The Year di MBC Drama Awards ke-36. Salah satu paling ikonik pada masanya. Mana tidaknya, drama ini dah ada dalam versi China dan Thailand.

Tapi ni min tak sabar nak cerita dengan korang, adaptasi versi Malaysia pun tak lama lagi bakal ditayangkan tau. Apa yang pasti bukan min sorang je yang teruja nak tengok adaptasi Kdrama popular ni, nampaknya ramai yang dah tak sabar nak tengok versi negara kita macam mana.

Min ingat lagi masa mula-mula pengumuman tentang remake drama ni, penonton khususnya peminat Kdrama ini menanti-nantikan macam mana gandingan Hun Haqeem dan Daiyan Trisha. Rasanya ini kali pertama mereka bergandingan dalam drama sebagai pelakon utama.

Menjengah dalam media sosial, ramai netizen luahkan keterujaan mereka.

“Kdrama paling best aku tengok,” kata seorang netizen di Facebook.

“Tak sabar nak tengok W: Two Worlds version Malaysia punya,” kata seorang netizen di Twitter.

“Macam best remake W: Two Worlds Malaysia tu, ada Hun Haqeem,” kata seorang lagi netizen.
Tak kurang juga, ada yang memuji hasil suntingan drama berkenaan di laman Youtube.

“Siapa pengarah dan colourist untuk siri ni? Tak ada mention dalam description. Cantik hasilnya. Tak nampak macam daripada production Malaysia. Keep up the good work.”

Sinopsis W: Two Worlds

Bagi yang dah tengok versi Korea mungkin dah tahu macam mana jalan ceritanya, tapi bagi yang belum tengok meh min cerita sikit pasal drama ni kat korang. Bakal ditayangkan setiap hari Khamis bermula 30 November ini, W: Two Worlds mengisahkan mengenai hidup seorang doktor bernama Izara (Daiyan) yang tiba-tiba berubah 360 darjah.

Semuanya bermula apabila ayah dia iaitu seorang pelukis webtoon terkenal telah hilang dan tak dapat dijejaki.

Tanpa diduga, Izara tiba-tiba termasuk dalam dunia Webtoon yang dicipta ayah dia tu. Kat situ dia telah selamatkan Aliff (Hun Haqeem), watak utama dalam webtoon tu.

Aliff pula yang sebenarnya dalam misi mencari lelaki yang bunuh keluarga dia 10 tahun lalu sedar bahawa nasib dia dan Izara saling berkait. Lebih perit, dia tak sedar sebenarnya dia ialah watak dalam webtoon.

Apa nasib yang akan menimpa Aliff dan Izara? Kalau nak tahu lebih lanjut, korang kena tengok drama arahan Datuk Yusry Abdul Halim ini nanti, eksklusif hanya di Viu.

Selain Hun Haqeem dan Daiyan, drama ini juga turut dibintangi Faizal Hussein, Mierul Aiman, Elizabeth Tan, Tony Eusoff dan Shahkimin.

3 lagi drama best di Viu Malaysia bulan ni

Sebelum korang nak layan W: Two Worlds, korang boleh tonton banyak lagi drama lain dekat Viu iaitu:

Moon in the Day

Telah mula ditayangkan pada 1 November lepas, drama yang dilakonkan oleh Kim Young Dae, Pyo Ye Jin dan Ohn Joo Wan ini mengisahkan pasal seorang lelaki yang jatuh cinta dengan perempuan yang sepatutnya dia bunuh. Kisah percintaan pasangan ni sebenarnya bermula sejak zaman Silla.

Selepas 1,500 tahun, mereka bertemu semula di zaman moden dan sentiasa cari cara nak bina semula hubungan walaupun pengakhiran mereka sebelum tu dipenuhi dengan kekejaman. Korang kena tengok drama ni sebab ada plot yang menarik, lain dari yang lain.

The Story of Park’s Marriage Contract

Bakal ditayangkan pada 24 November ini, drama ini menyaksikan gandingan Lee Se Young dan Bae In Hyuk dalam sebuah drama diadaptasi dari web comic dengan tajuk yang sama. Drama genre romantik fantasi ini paparkan kisah seorang gadis (Park Yeon Yoo) dari zaman Joseon yang mengembara ke zaman moden.

Dia yang berasal dari keluar berpengaruh di zamannya ditolak jatuh ke dalam perigi. Bila dia sedar, dia dah ada di tahun 2023. Lebih menarik, dia terpaksa terlibat dalam perkahwinan palsu dengan seorang lelaki yang seiras bekas suami dia.

Tales at The Corner

Fresh dari Hong Kong, drama ini bakal ditayangkan pada 24 November mengisahkan tentang seorang perempuan yang dah terluka sebab cinta sampai susah nak buka hati untuk orang lain. Tapi dia ditakdirkan jumpa dengan seorang lelaki yang kerja di sebuah kafe. Dari perkenalan itu, bibit-bibit cinta mula wujud.

Drama ni dibintangi oleh pelakon popular China iaitu Renci Yeung, Ng Siu Hin dan Yanny Chan.

Menarik kan list drama di Viu bulan November ini? Paling tak sabar W: Two Worlds lah!

Korang jangan lupa tau layan semua drama ni di Viu. Yang belum ada apps Viu, boleh muat turun secara percuma sekarang dan subscribe untuk menonton tanpa gangguan iklan!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari Viu Malaysia.

The post Baru Tengok Trailer Dah Teruja, Ramai Puji Adaptasi K-Drama Ni Macam Produksi Antarabangsa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*