Malaysia Tidak Akan Alami Kemelesetan Tahun Ini – BNM

Malaysia Tidak Kemelesetan Tahun Ini

Malaysia Tidak Akan Alami Kemelesetan Tahun Ini – BNM

Gabenor Bank Negara (BNM) Tan Sri Datuk Nor Shamsiah Moh Yunus menegaskan bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi pada taun ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh BNM menerusi satu video yang dimuat naik di laman twitter rasminya sebentar tadi.

”Ekonomi global masih berkembang. Kita tidak menjangkakan sebarang kemelesetan global. Apa yang paling penting, kita akan melihat pasaran kerja akan terus pulih,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa peluang pekerjaan akan terus bertambah manakala pendapatan akan terus meningkat pada tahun ini.

Pemulihan V, Malaysia tidak akan alami kemelesetan tahun ini

”Kita akan melihat pemulihan berbentuk V dalam sektor pelancongan yang seterusnya menyokong pertumbuhan.

”Semua faktor ini lebih daripada mencukupi untuk mengimbangi import lebih sederhana yang akan disebabkan oleh pertumbuhan global yang lebih perlahan,” ujarnya lagi.

Ekonomi Malaysia Berkembang 8.7%, Tertinggi Dalam 22 Tahun

Sebelum ini, Ketua Perangkawan Negara memaklumkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia telah meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 22 tahun.

Berdasarkan data yang dimuat naik di laman Twitter Jabatan Perangkaan Malaysia, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 8.7 peratus pada 2022.

KDNK Malaysia berkembang sebanyak 7.0 peratus pada Suku Keempat 2022 sekaligus menyumbang kepada prestasi baik tersebut.

Pertumbuhan ekonomi 8.7 peratus yang dicatatkan itu merupakan yang tertinggi sejak 2000 (8.9 peratus)

Selain itu, pelaburan langsung asing (FDI) mencatat aliran masuk bersih yang lebih tinggi iaitu berjumlah RM19.3 bilion pada suku terakhir tahun yang sama.

IMF ramal kemelesetan global tahun ini

Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebelum ini memberi amaran bahawa satu pertiga ekonomi dunia akan mengalami kemelesatan pada tahun ini.

Menurut Kristalina Georgieva, tahun 2023 akan menjadi lebih sukar berbanding tahun lepas kerana pergerakan perlahan yang ditunjukkan oleh ekonomi Amerika Syarikat, Eropah dan China tahun ini.

“Malah, negara-negara yang tidak berdepan dengan kemelesetan pun akan menanggung kesan seolah-olah sedang melalui fasa kemelesetan, sekaligus menjejaskan ratusan juta penduduk,” kata Georgieva.

Situasi berkenaan dikatakan berpunca daripada krisis Perang Ukraine-Rusia yang masih berlarutan, pelaksanaan kadar faedah yang tinggi dan juga peningkatan semula kes jangkitan Covid-19 di China.

Malah, pada Oktober lepas, IMF sudahpun menilai semula pertumbungan ekonomi global pada tahun 2023 ke tahap yang lebih rendah.

BACA: Ekonomi Malaysia Berkembang 8.7%, Tertinggi Dalam 22 Tahun

Sumber: Bank Negara Malaysia (BNM) via Twitter

The post Malaysia Tidak Akan Alami Kemelesetan Tahun Ini – BNM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*