Bas Ekspres Dua Tingkat Terbakar, Semua Penumpang Selamat

bas ekspres terbakar

Bas Ekspres Dua Tingkat Terbakar, Semua Penumpang Selamat

TANJUNG MALIM — Sebuah bas ekspres dua tingkat yang membawa 17 penumpang dilaporkan terbakar di Kilometer 375.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, dekat Slim River, pagi ini, lapor Astro Awani.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pada 5.19 pagi pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu.

Jelas Sabarodzi, bas berkenaan didapati telah terbakar 80 peratus sewaktu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River tiba di lokasi.

bas ekspres terbakar
Gambar: JBPM Perak

“Semasa kejadian, bas tersebut membawa 17 penumpang iaitu 14 lelaki dan tiga wanita.

“Kesemua penumpang telah berjaya keluar sebelum kebakaran merebak dan tiada penumpang yang cedera,” maklumnya dalam satu kenyataan.

Manakala, dua pemandu bas tersebut juga dilaporkan terselamat dalam kejadian itu.

Katanya, tiga hose reel dan satu aliran satu pancutan 100 kaki bersumberkan air dari tangki air jentera diperlukan untuk anggota melakukan kerja pemadaman.

Gambar: JBPM Perak

Dalam pada itu, maklum ketua operasi, Pegawai Bomba Kanan II Isma Mohamad Ubadullah, bas ekspres dua tingkat itu difahamkan dalam perjalanan dari Segamat Johor menuju ke Kangar, Perlis.

Kebakaran dipercayai berpunca daripada bahagian enjin yang terletak di bahagian belakang bas.

Api berjaya dikawal sepenuhnya dengan bantuan anggota dari BBP Tanjung Malim dan operasi ditamatkan pada jam 7.23 pagi.

BACA: Pemain Thai Dapat Bonus RM132k Bagi Setiap Mata Diraih Di Piala Asia

Seorang Maut, Enam Cedera Bas Terbakar

Kurang seminggu lalu, sebuah bas ekspres dilaporkan terbakar di Kilometer 198.0 Lebuh Raya Utara-Selatan, lapor Sinar Harian.

Dalam kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.50 pagi di Alor Gajah, seorang penumpang maut, manakala enam yang lain cedera.

Difahamkan, bas berkenaan membawa seramai 30 orang penumpang warga Singapura.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Timbalan Penguasa Bomba II (KUP) Zahrul Azha, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.55 pagi.

Susulan itu seramai 21 pegawai dan anggota Bomba kemudian telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba 11 minit kemudian, kita mendapati bas tersebut telah terbakar sepenuhnya dan dimaklumkan kenderaan itu melanggar sebuah motosikal yang terbabas sebelum kejadian.

“Dipercayai terdapat 30 mangsa dengan enam daripadanya cedera dan dihantar ke hospital menaiki jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS), ambulans St John dan kenderaan orang awam,” katanya.

Sumber: Astro Awani

BACA JUGA: Pemain Harimau Malaya Luang Masa Jumpa Peminat Istimewa Di Qatar

The post Bas Ekspres Dua Tingkat Terbakar, Semua Penumpang Selamat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*