Ini Sebab Anda Perlu Tukar Kepada Kereta Elektrik

Ini Sebab Anda Perlu Tukar Kepada Kereta Elektrik

Selepas kemasukan secara rasmi jenama seperti BYD dan Tesla ke pasaran Malaysia, pasaran kereta elektrik semakin hangat di Malaysia. Harga yang ditawarkan juga mampu bersaing dengan kereta-kereta enjin petrol membuatkan pembeli berfikir dua-tiga kali.

Bila benda baru ni, memang kita risau nak bertukar dari petrol ke kereta elektrik. Antara kerisauan yang timbul adalah stesen pengecasan dan jarak yang mampu dilalui oleh sebuah kereta elektrik. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Faisal berkongsi pengalaman beliau selepas bertukar ke kereta elektrik yang sebelum ini tak pernah terfikir untuk beli.

Menurut Faisal, beliau seorang yang suka memandu dalam jarak yang jauh. Dia suka pergi ke Johor Bahru, Pulau Pinang dan suka juga ke negara Thailand. Pada mulanya, beliau merasakan kereta elektrik tidak sesuai kerana jika menggunakan petrol, masa mengisi petrol lebih singkat berbanding mengecas bateri kereta elektrik.

Aku ni jenis suka travel jauh-jauh pergi JB, Penang, kerap masuk Thailand guna kereta jadi sebelum ni aku rasa memang tak sesuai pakai EV. Sebab kalau travel jauh pakai kereta berenjin kena isi petrol dan sekejap je nak isi tu.

So aku fikir kalau travel jauh sampai ke Thailand mau dua kali isi minyak kan. EV nak charge mesti nak at least sejam, kira deal breaker untuk orang macam aku. Tapi lepas BYD dan Tesla masuk Malaysia secara rasmi, aku mula start minat EV dan study pasal EV. Kerajaan pula kasi incentives macam-macam untuk kereta EV, makin menarik pula tengok.

Bukan Jenis Drive Laju

Lepas study, aku fikir balik cara penggunaan kereta berenjin aku. Walaupun selalu travel tapi sebenarnya 90% of the time aku drive around Klang Valley je sebenarnya, so kira 90% time aku akan charge kat rumah je.
Satu lagi kalau aku travel pun, selalunya aku travel weekdays/off peak time. Aku memang takkan travel masa peak season/long weekend/musimperayaan sebab memang allergic dengan heavy traffic, suka perjalanan yang smooth. Plus kampung aku pun dalam Lembah Klang, so takda masalah jem balik kampung.
Aku juga jenis bukan drive laju, selalu max 130kmh je, jenis tak suka bazir minyak, eco mode je all the way. EV pun bila kau bawa speed yang sederhana, battery consumption lagi jimat. So bila tengok balik cara aku drive, penggunaan kereta, cara travel, aku decide memang EV sesuai untuk aku dan family.
sebab tukar kereta elektrik

Fast Charge Tak Perlu Sampai Satu Jam

Lepas dah study pasal EV ni, aku dah tahu fast charge ni tak perlu pun sampai 1 jam. Kalau nak pergi Hat Yai pun, range Tesla Model 3 ni boleh je sampai sampai Alor Setar, so boleh charge kat Penang atau Alor Setar untuk 15-20 minit je sebelum masuk Hat Yai, itu masa typical untuk toilet break, jadi aku rasa takda masalah pun.
Kalau dah sampai Hat Yai pun, charge la lagi 20-30 minit untuk round sehari dua. Ini satu perkara yang buat aku lagi yakin nak tukar EV, deployment DC fast charger dekat dalam Malaysia ni makin banyak serata negeri. Masuk 2023 dan 2024 ni hari hari ada news DC fast charger baru buka & makin cantik pula station charger sekarang, lebih inclusive.

Pengecasan Pantas Arus Terus di Malaysia

Bila rate pemasangan DC fast charger makin laju seluruh Malaysia, coverage makin tinggi, range anxiety tu dah takda. Cuma satu problem yang aku foresee, que dekat charger tu mungkin akan berlaku masa musim perayaan bila semua orang nak balik kampung. Ini aku tak kesah sangat pun sbb macam aku cakap awal tadi, lifestyle aku memang kampung dalam Klang Valley, so takkan experience benda tu.
Tesla ni memang buat aku betul betul minat EV sebab dia punya ecosystem buat Supercharger sendiri. Mereka praktikkan no-service policy unless required only. Tesla ni best sebab takda periodic service, memang game changer sebab brand EV lain masih lagi ada periodic service.
Aku ni jenis suka jimat, kalau ada solusi jimat aku akan pilih yang tu. Kalau sebelum ni pakai kereta berenjin sebulan isi dekat RM400-500 juga. Tapi dengan EV ni sekali charge RM33 je, bil api kat rumah naik dalam 100+ je lepas guna EV, jumat RM300+ sebulan, setahun jimat ~4000.
Aku ada anak-anak kecil, ini lagi satu point yang aku rasa Tesla Model 3 ni sesuai untuk family. Boot space luas, cabin senyap, & ada rear screen untuk budak budak tengok YouTube atau main game. Sekarang dalam kereta dua-dua anak aku tak meragam, senyap je dalam kereta.

The post Ini Sebab Anda Perlu Tukar Kepada Kereta Elektrik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*