Bawa Pulang Sebuah Motosikal, Tuah Graduan Diploma Sains Dapat Skrol Ke Sejuta UiTM

graduan skrol ke sejuta UiTM

Bawa Pulang Sebuah Motosikal, Tuah Graduan Diploma Sains Dapat Skrol Ke Sejuta UiTM

Seorang graduan wanita merupakan individu bertuah apabila dinobatkan sebagai penerima skrol ke satu juta bagi Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini.

Dalam istiadat konvokesyen UiTM ke-97 itu, Nur Liyana Athirah Izani, 22, diberikan tepukan gemuruh dan mendapat standing avation selepas namanya diumumkan sebagai penerima skrol tersebut.

“Graduan seterusnya merupakan penerima skrol kesejuta. Dengan sukacitanya dipersilakan Nur Liyana Athirah Izani,” kata pengacara majlis sambil ‘ditemani’ tepukan gemuruh daripada seluruh warga dewan.

Gambar: FB Universiti Teknologi MARA-Media Rasmi

Majlis penyampaian skrol tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd Janor dan ia  juga termasuk dalam Malaysia Book Of Records (MBOR).

“Penganugerahan ini diperakui oleh Malaysia Book of Records apabila penerima skrol ke sejuta, Saudari Nur Liyana Athirah Izani dati Fakulti Sains Gunaan menerima skrol dalam Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-97,” kata UiTM dalam kenyataan di Facebook.

Sementara itu, Profesor Datuk Dr Roziah juga berkata bahawa penganugerahan ini menandakan bahawa jumlah skrol yang dikeluarkan oleh UiTM adalah sebanyak 1,003, 241.

“Pada konvokesyen kali ini, UiTM berbangga meraikan penganugerahan skrol yang ke sejuta pada Sidang ke-22.

“Ini menjadikan jumlah skrol yang dikeluarkan oleh UiTM sehingga berakhirnya istiadat konvokesyen kali ini adalah sebanyak 1,003, 241 skrol.

“Suatu angka yang boleh dibanggakan kerana ia mencerminkan bahawa UiTM telah menggerakkan misinya dengan tepat untuk menjuarai pembangunan bumiputera profesional menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak,” katanya.

Gambar: FB Universiti Teknologi MARA-Media Rasmi

Bawa Pulang Hadiah Utama Sebuah Motosikal

Difahamkan, Nur Liyana Athirah Izani merupakan graduan dalam Diploma Sains Kepujian Teknologi Marin turut membawa pulang sebuah motosikal jenis Modenas Karisma 125S.

Lebih menarik, Nur Liyana juga bakal menerima tajaan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

BACA JUGA: “Sila Jaga Adab”, UiTM Larang Graduan Beri Isyarat Kepada Penganugerah Untuk Pandang Kamera

Antara hadiah lain yang diterima oleh Nur Liyana termasuklah berupa hadiah cermin mata daripada La Calisto Sdn. Bhd.(RM1,500), penginapan di Grand Swiss-Belhotel Melaka (3 Hari 2 Malam) dan tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

@uitm_channel

Penerima Skrol ke Satu Juta UiTM di #istiadatkonvokesyenuitm97 #konvo97 #uitmdihatiku

♬ original sound – Universiti Teknologi MARA – Universiti Teknologi MARA

Untuk makluman, Istiadat konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang ke-97 berlangsung pada 5 Ogos hingga 15 September 2023.

Sumber: TikTok UiTM, FB UiTM

The post Bawa Pulang Sebuah Motosikal, Tuah Graduan Diploma Sains Dapat Skrol Ke Sejuta UiTM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*