Nelayan Terkejut Temui Lembu Hidup Nyaris Lemas Tersesat Di Tengah Lautan

lembu tengah lautan

Nelayan Terkejut Temui Lembu Hidup Nyaris Lemas Tersesat Di Tengah Lautan

Seorang nelayan dari Kali Baru, Jakarta Utara terkejut apabila menemui seekor lembu hidup di tengah laut ketika sedang mencari ikan, lapor Kompas.com.

Nelayan yang bernama Burhan, 41, itu berkata bahawa ketika kejadian dia sedang menjalankan aktiviti hariannya sebagai nelayan dan memancing di laut.

Burhan bagaimanapun terkejut selepas melihat seekor lembu secara tiba-tiba menghampiri botnya ketika turun ke laut pada 23 September lalu.

“Bagan adalah tempat untuk menangkap ikan dalam bentuk buluh yang tersusun dan ada jala di tengahnya,” kata Burhan kepada Kompas.

“Ketika berada di laut, tiba-tiba saya ternampak seekor lembu menghampiri bagan itu. Mungkin kerana ada lampu pada bagan. Cahaya lampu ini berguna untuk menarik ikan,” kata Burhan lagi.

Menurut Burhan dia sangat terkejut kerana herbivor itu masih hidup walaupun dalam keadaan yang sudah lemah.

Burhan dan nelayan yang lain kemudiannya membantu lembu itu untuk di angkat ke atas bot.

“Tidak ada masalah ketika memindahkan lembu. Mungkin lembu itu penat berenang,” tambah Burhan.

Selepas selesai menangkap ikan, Burhan telah membawa lembu itu dan hasil tangkapannya kembali ke tanah besar di Kali Baru.

Lembu itu kemudiannya segera dipindahkan menggunakan jengkaut ke atas daratan.

Burhan mengesyaki bahawa lembu itu berkemungkinan besar telah melarikan diri dari Pelabuhan Tanjung Priok.

“Kemungkinan lembu itu terlepas dari kapal yang berlabuh di Pelabuhan Tanjung Priok,” akhiri Burhan kepada Kompas.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Penghuni Flat Selamba Ternak Lembu Dekat Balkoni Rumah 

Penghuni sebuah rumah flat di China dilaporkan memelihara lembu di balkoni rumahnya yang berada di tingkat lima, lapor SCMP.

Klip video yang memaparkan tujuh ekor anak lembu sedang menikmati hidangan di balkoni bangunan kediaman di wilayah Sichuan di barat daya China itu telah ditonton lebih 4 juta kali di Douyin.

Penghuni rumah itu berkata bahawa lembu itu hanya berada di premis tersebut selama sehari. Jiran yang marah dan tidak tahan dengan bau busuk kemudiannya memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Haiwan itu telah dikeluarkan oleh pegawai pengurusan bandar pada 14 Julai lalu, lapor Phoenix Weekly.

Sumber: Kompas.com

The post Nelayan Terkejut Temui Lembu Hidup Nyaris Lemas Tersesat Di Tengah Lautan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*