Bayaran Bermula Isnin, Ini Cara Mudah Semak Status Permohonan STR 2024

semak status str 2024

Bayaran Bermula Isnin, Ini Cara Mudah Semak Status Permohonan STR 2024

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bakal memberi manfaat kepada 8.2 juta penerima akan bermula Isnin, semalam.

Difahamkan, pembayaran itu akan dibuat kepada penerima yang berdaftar dalam pangkalan data STR.

Pembayaran dilakukan sama ada melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Menurut MOF, kerajaan telah menaikkan bayaran STR Fasa 1 kepada RM500 bagi penerima kategori isi rumah berbanding bayaran maksimum RM300 pada tahun lepas.

Peningkatan jumlah bantuan ini adalah untuk membantu sebilangan besar rakyat menangani impak peningkatan kos sara hidu pada masa ini.

Penerima daripada kategori isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM500 melalui pembayaran STR Fasa 1.

Manakala isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 layak menerima bayaran dalam lingkungan RM100 hingga RM300.

Bagi kategori warga emas tiada pasangan dan golongan bujang pula, masing-masing akan menerima RM150 dan RM100, lapor MOF.

Cara semak permohonan STR 2024 sangat mudah dan boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah

Kepada  sesiapa yang masih belum mengetahui status anda, sama ada penerima bayaran STR Fasa 1 atau sebaliknya, anda boleh melakukan semakan bayaran melalui pelbagai platform.

Antaranya, menerusi Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM pada pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my dan memilih menu Log Masuk MySTR.

Seterusnya, pengguna perlu memasukkan nombor kad pengenalan, MyKad pemohon dan mengesahkan kata laluan. Masukkan kata laluan yang telah disahkan sebelum ini dan klik pada bahagian Semakan Status.

cara semak str

cara semak str

Selepas klik pada bahagian tersebut, beberapa maklumat akan dipaparkan seperti status permohonan dan maklumat pembayaran, jika permohonan diluluskan.

Orang ramai juga boleh menggunakan aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah menerusi aplikasi di peranti mudah alih.

Anda boleh memuat turun aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah di Play Store atau App Store pada telefon pintar masing-masing.

Selain itu, anda juga menghubungi nombor telefon tertera atau berkunjung ke premis LHDNM yang berhampiran dengan kediaman anda.

LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan lain yang disediakan oleh kerajaan, layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/.

BACA: Pembayaran STR Fasa1 Bermula Isnin Ini, Manfaat 8.2 Juta Penerima

Sumber: Bernama & Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)

The post Bayaran Bermula Isnin, Ini Cara Mudah Semak Status Permohonan STR 2024 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*