Bayi Lahir Dalam Penerbangan Antarabangsa, Jadi Warganegara Mana? Ini Jawapannya

Kewarganegaraan Bayi Lahir Dalam Penerbangan antarabangsa

Bayi Lahir Dalam Penerbangan Antarabangsa, Jadi Warganegara Mana? Ini Jawapannya

Kita semua sedia maklum bahawa wanita yang sedang hamil dinasihatkan untuk tidak melakukan perjalanan udara, khususnya menaiki kapat terbang.

Biasanya, nasihat ini dikeluarkan bagi wanita yang hamil 36 minggu ke atas atau sedang menunggu tarikh untuk bersalin.

Walaupun begitu, adakalanya ibu hamil ini tidak dapat mengelak daripada melakukan perjalanan udara atas sebab-sebab tertentu atau peribadi.

Situasi tidak terduga boleh berlaku sekiranya mereka menaiki pesawat dihujung-hujung kehamilan, sehingga terpaksa bersalin di dalam pesawat.

Persoalan besar juga boleh timbul daripada situasi ini, sekiranya ibu tersebut bersalin di dalam penerbangan yang sedang melalui laluan antarabangsa.

Dalam situasi tersebut, bagaimanakan status kewarganegaraan bayi berkenaan ditentukan sebaik sahaja pesawat mendarat?

Bayi Lahir Dalam Penerbangan Antarabangsa, Jadi Warganegara Mana?

Sebenarnya, tiada satu undang-undang khusus yang menjadi panduan kepada sesebuah negara untuk menentukan kewarganegaraan bayi yang lahir dalam situasi ini.

Sesetengah negara menerima prinsip jus sanguinis, iaitu kewarganegaraan bayi ditentu berdasarkan kewarganegaraan salah seorang atau kedua-dua ibubapanya.

Manakala, ada juga mengamalkan prinsip jus soli, iaitu kewarganegaraan diberikan kepada bayi berdasarkan di tanah mana bayi itu dilahirkan, tidak kira apapun kewarganegaraan ibu-bapanya.

Negara-negara yang menerima prinsip jus soli biasanya terletak di benua Amerika, antaranya Amerika Syarikat dan Kanada. Amerika Syarikat lebih unik kerana secara umumnya menerima kedua-dua prinsip tersebut.

Dengan kewujudan perjalanan udara, pengamalan undang-undang ini juga berkembang luas.

Umumnya, jika bayi itu dilahirkan di ruang udara Amerika Syarikat, bayi itu layak mendapat kewarganegaraan negara itu berdasarkan prinsip jus soli. Bayi itu juga boleh memiliki dua kerakyatan sekiranya ibubapanya berasal daripada negara yang mengamalkan prinsip jus sanguinis. Bagaimanapun, ia bergantung kepada undang-undang negara tersebut.

Situasi berbeza sekiranya bayi itu dilahirkan di ruang udara negara memegang prinsip jus sanguinis, seperti Perancis. Walaupun ibubapanya berasal dari Amerika Syarikat (jus soli), bayi tersebut tidak boleh menjadi warganegara Perancis. Sebaliknya, kewarganegaraan bayi berkenaan adalah mengikut kewarganegaraan ibubapanya.

Oleh kerana prinsip jus sanguinis adalah lebih umum di banyak negara, maka kewarganegaraan kebanyakan bayi yang lahir di dalam perjalanan antarabangsa akan mengikut kewarganegaraan ibubapanya.

Dalam kes tertentu, ada bayi mungkin menjadi tidak bernegara sekiranya si ibu tidak mempunyai kewargangeraan rasmi mana-mana negara.

Berdasarkan satu konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kewarganegaraan bayi itu ditentukan berdasarkan negara dimana pesawat yang dinaikinya didaftarkan.

Disebalik undang-undang kerakyatan yang kompleks ini, sebenarnya kes bayi dilahirkan di dalam pesawat sangat jarang berlaku.

Apatah lagi, banyak syarikat penerbangan juga tidak membenarkan penumpang yang memasuki fasa kehamilan tertentu daripada menaiki penerbangan mereka.

BACA: Cara Nak Tukar Teks Pada “Lockscreen” Iphone, “Custom” Tambah Nama Sendiri

Sumber: Mental Floss

The post Bayi Lahir Dalam Penerbangan Antarabangsa, Jadi Warganegara Mana? Ini Jawapannya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*