Lelaki Malang Dipenjara Tiga Kali, Padah Miliki Nama Sama Dengan Penjenayah Paling Dikehendaki

Nama sama dengan penjenayah

Lelaki Malang Dipenjara Tiga Kali, Padah Miliki Nama Sama Dengan Penjenayah Paling Dikehendaki 

Seorang lelaki warga Colombia ditimpa nasib malang selepas tiga kali dimasukkan ke dalam penjara dalam tempoh 13 tahun kerana mempunyai nama sama dengan ketua dadah yang dikehendaki, memetik laporan Oddity Central.

Lelaki berkenaan, René Martínez Gutiérrez, 46 tahun merupakan seorang lelaki yang tidak pernah mempunyai rekod jenayah atas namanya.

Namun nasib malangnya bermula apabila dia ‘berkongsi’ nama yang sama dengan seorang pengedar dadah Peru yang dikehendaki polis dengan beberapa waran tangkap antarabangsa.

Imbas kembali, penahanan pertamanya berlaku pada tahun 2010 apabila dia pergi ke balai polis tempatan di Bogota, Colombia untuk meminta rekod kehakimannya bagi tujuan membuka perniagaan.

Namun apabila memeriksa rekodnya, polis mendapati Gutiérrez mempunyai waran tangkap antarabangsa yang dikeluarkan oleh Peru, disebabkan itu dia telah ditahan selama lapan hari.

Nama sama dengan penjenayah
Kredit: Oddity Central

Selepas dibebaskan, Gutiérrez pergi ke Kedutaan Peru, Mahkamah Agung Keadilan dan Interpol namun tiada satu pun daripada entiti itu menjelaskan tentang hal sebenar penangkapannya, semuanya mendakwa bahawa penahanannya hanya kebetulan mempunyai nama yang malang.

Tidak berakhir di situ, Gutiérrez dipanggil ke Balai Polis Bogota sebagai saksi selepas kes rompakan berlaku di tempat kerjanya.

Sepatutnya, Gutiérrez hanya memberi keterangan sebagai saksi pada ketika itu, tetapi apabila polis menyemak namanya dalam pangkalan data, mereka mendapati bahawa dia adalah pengedar dadah Peru yang dikehendaki.

Disebabkan itu, Gutiérrez telah ditangkap untuk kali kedua dan terpaksa menghabiskan masa selama dua bulan dalam penjara di La Picato, Colombia sehinggalah Peru mengesahkan bahawa dia bukanlah suspek yang dicari.

Nama sama dengan penjenayah
Kredit: Oddity Central

Trauma dipenjara dua kali, Gutiérrez akhirnya memutuskan untuk berhijrah ke Amerika Syarikat (US) bersama keluarganya pada tahun 2012.

Namun, pada awal tahun 2023, Gutiérrez mendapat berita bahawa bapanya berada dalam keadaan yang tidak sihat menyebabkan dia membuat keputusan untuk balik semula ke negara asalnya.

Namun mimpi ngeri paling ditakutinya berubah menjadi kenyataan sebaik sahaja pesawatnya mendarat di Bogota apabila ejen Interpol menahannya dan membawanya pergi selepas mereka meminta ID dirinya.

Keadaan itu menyebabkan dia dibawa ke Balai Polis Los Martines dan ditahan reman untuk siasatan sejak hari itu.

Namun apa yang lebih menyedihkan, bapanya telah meninggal semasa dia berada di bawah tahanan tanpa sempat bertemu atau mengucapkan selamat tinggal kepadanya.

Sekali lagi, Gutiérrez dan keluarganya menunggu pihak berkuasa Peru untuk merumuskan permintaan ekstradisi (pengembalian jenayah) dan sekali lagi mengesahkan bahawa dia bukan lelaki yang mereka cari selama ini.

 

 

Sumber: Oddity Central

The post Lelaki Malang Dipenjara Tiga Kali, Padah Miliki Nama Sama Dengan Penjenayah Paling Dikehendaki appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*