Bayi Perempuan Berusia Enam Bulan Mati Dipercayai Didera Pengasuh

bayi berusia enam bulan mati

Bayi Perempuan Berusia Enam Bulan Mati Dipercayai Didera Pengasuh

IPOH, 15 Julai (Bernama) — Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia akibat disyaki didera ketika di bawah jagaan pengasuhnya di Taman Tawas Indah, di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, berkata bayi malang itu menghembuskan nafas terakhir petang semalam di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas dua hari berada dalam keadaan koma.

“Bayi itu dibawa ke hospital oleh pengasuhnya pada Rabu lalu dengan menggunakan ambulans selepas dilihat berada keadaan tidak bermaya,” katanya dalam kenyataan, di sini, malam ini.

Baca: “Terus Capai Red & Black,” Wan Chai Cuak Kena Ganggu Ketika Live, Tiba-Tiba Semua Member Lesap Diganggu ‘Makhluk Halus’?

Beliau berkata ketika pemeriksaan, pihak hospital mendapati bayi itu berada dalam keadaan koma selain terdapat kesan lebam di badan akibat didera.

Katanya, berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan hari ini mendapati punca kematian mangsa adalah kecederaaan di kepala akibat objek tumpul.

Menurutnya, susulan itu, polis menahan pengasuh berkenaan, seorang wanita tempatan berusia 52 tahun, pada Khamis lalu dan direman selama empat hari bermula semalam sehingga Isnin ini.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Berdasarkan siasatan, suspek menjaga bayi terbabit sejak Mac lalu kerana kedua ibu bapa mangsa bekerja di Australia,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Bayi Perempuan Berusia Enam Bulan Mati Dipercayai Didera Pengasuh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*