Raja Ular Tedung Umum Bersara, Tunduk Dengan Permintaan Isteri

Raja ular tedung umum bersara

Raja Ular Tedung Umum Bersara, Tunduk Dengan Permintaan Isteri

Seorang lelaki di Thailand yang dikenali sebagai Raja Ular Tedung mengumumkan persaraannya selepas 28 tahun terlibat dalam persembahan mencium ular tedung yang berbisa itu.

Menurut The Thaiger, keputusan itu dibuat selepas isterinya menyatakan kebimbangan terhadap keselamatannya memandangkan kerja tersebut berisiko terutama pada usianya kini.

Thongkum Chaibuddee, 62, yang menetap di 90 Moo 6, Kampung Khok Sa-Nga di Nam Pong wilayah Khon Kaen adalah satu-satunya kampung ular tedung di Thailand.

Penglibatannya selama bertahun-tahun telah mendapat pengiktirafan oleh Guiness World Records, malah aksinya itu juga telah dianugerahkan dengan dua sijil daripada badan tersebut.

Persembahan yang sering dilakukan Thongkum di rumahnya ialah mencium ular dengan lancar dan selamat. Ia merupakan aksi yang sangat berbahaya namun tidak pernah terjadi sekali pun ularnya menyerangnya.

Thongkum sangat terkenal dengan aksi mencium ular tedungnya kerana sudah melakukannya banyak kali.

Dia menggambarkan teknik yang digunakannya itu seperti menguncup dengan kasih sayang.

Teknik itu melibatkan Thongkum menyentuh dengan lembut atau menjilat kepala ular tersebut.

Buat masa ini, dia akan menyimpan lima ekor ular tedung selarnya buat sementara waktu dan jika ada syarikat yang berminat, dia akan menjualnya.

Ular itu akan dijualnya pada harga 1,000 baht sekilogram (RM130) sekilogram, di mana berat ular itu kebiasaannya antara empat hingga lima kilogram seekor.

Menurut Thongkum, dia memutuskan untuk bersara kerana dia sudah berasa puas dengan kehidupan sebagai seorang performer.

Dia dilaporkan tidak lagi perlu membayar ansuran keretanya. Difahamkan bahawa isterinya sering menghubunginya ketika dia sedang bekerja kerana selalu berasa bimbang.

Pada ketika itulah dia memuktamadkan keputusannya untuk bersara daripada aksi bahaya yang dilakukannya.

BACA: Ramai Tak Tahu, Sazali Samad Perjelas Perbezaan Antara Gelaran Mr. Universe & Mr. Olympia

Selain itu, dia juga mengambil saranan doktor yang menyatakan bahawa terdapat risiko kematian yang tinggi bagi individu yang berumur lebih 60 tahun jika digigit ular tedung.

Di Kelab King Cobra tempatnya bekerja, seramai empat orang yang berusia lebih 60 tahun telah meninggal dunia.

Malah Thongkum sendiri pernah dipatuk ular tedung sebanyak empat kali, hampir tiga kali menyebabkan dia maut.

Insiden terbaru berlaku di Phuket pada 2014, di mana dia terpaksa duduk di Unit Rawatan Rapi selama dua hari.

Kini Thongkum merancang untuk menjalani kehidupan yang tenang dengan keluarganya selepas bersara sambil membantu isterinya yang berusia 58 tahun menjual barangan istiadat.

Sumber: The Thaiger

The post Raja Ular Tedung Umum Bersara, Tunduk Dengan Permintaan Isteri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*