Bayi Perempuan Berusia Tiga Bulan Meninggal Dunia, Polis Tahan Pengasuh

Bayi Meninggal Pengasuh

Bayi Perempuan Berusia Tiga Bulan Meninggal Dunia, Polis Tahan Pengasuh

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) — Polis menahan seorang wanita yang disyaki melakukan pengabaian ketika mengasuh seorang bayi perempuan berusia tiga bulan, sehingga mengakibatkan bayi itu meninggal dunia, di sekitar Sungai Way di sini, pada 9 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata wanita berumur 31 tahun itu ditahan di kediamannya di Petaling Jaya pada 5.30 petang, selepas polis menerima laporan daripada bapa bayi itu pukul 3.56 petang, pada hari kejadian.

“Siasatan diteruskan bagi mengetahui punca kematian bayi berkenaan manakala suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai diambil keterangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA JUGA: Pengasuh Mengaku Salah Cuai Terhadap Dua Bayi Di Taska

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dengan menelefon 03-79662222 bagi membantu siasatan.

Sumber: BERNAMA

The post Bayi Perempuan Berusia Tiga Bulan Meninggal Dunia, Polis Tahan Pengasuh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*