KPM Tawar Kaunseling Kepada Keluarga Pelajar Maut Dilanggar Kereta

KPM tawar kaunseling

KPM Tawar Kaunseling Kepada Keluarga Pelajar Maut Dilanggar Kereta

NIBONG TEBAL, 16 Dis (Bernama) — Kementerian Pendidikan (KPM) akan menawarkan khidmat kaunseling kepada keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh, yang maut akibat dilanggar kereta berhampiran sekolah, semalam.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata pihaknya amat bersimpati dengan kejadian menimpa pelajar berkenaan dan berharap siasatan segera dapat dilakukan oleh pihak polis terhadap kes itu.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Tragedi ini agak menyayat hati dan dalam konteks KPM kita menawarkan khidmat dari segi kaunseling khususnya kepada keluarga.

“Selain itu, kaunseling juga akan diberikan kepada (pelajar) yang terlibat kerana yang lihat kejadian itu juga adalah anak-anak kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Rintis STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik) dan Makmal STEAM di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yok Eng Sungai Udang di sini hari ini.

Media semalam melaporkan, Muhammad Zaharif Affendi yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) muat selepas dilanggar sebuah kereta disyaki dipandu seorang pegawai kanan polis dalam kejadian pada kira-kira 12.30 tengah hari.

Susulan itu, pegawai kanan berusia 44 tahun tersebut ditahan dan direman hari ini bagi membantu siasatan.

Polis memaklumkan siasatan akan dilakukan dari pelbagai sudut termasuk yang menjurus kepada kesalahan mematikan orang di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BACA: Kes Pelajar Maut Dilanggar: KPN Beri Jaminan Siasatan Telus & Adil

Sumber: BERNAMA

The post KPM Tawar Kaunseling Kepada Keluarga Pelajar Maut Dilanggar Kereta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*