Bekalan Beras Sebagai Makanan Ruji Negara Mencukupi

Bekalan Beras Sebagai Makanan Ruji Negara Mencukupi

bekalan beras makanan ruji

PUTRAJAYA, 8 APRIL 2024 – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan  Makanan (KPKM) memberikan jaminan bahawa bekalan beras sebagai  makanan ruji negara di pasaran adalah mencukupi untuk keperluan rakyat  Malaysia. Pada masa ini, pengedaran stok beras putih tempatan (BPT) sedang  giat dijalankan dan penurunan harga beras putih import (BPI) di antara RM2.00  hingga RM3.00 turut dilaksanakan bagi menampung keperluan para pengguna  seperti yang dimuktamadkan melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bulan lalu. 

Sehingga kini, stok fizikal beras negara adalah sebanyak 1,096,964 tan metrik termasuk 290,000 tan metrik stok penimbal beras. Bagi maksud keterjaminan  bekalan beras negara, jumlah tersebut adalah stabil serta mampu menampung  keperluan untuk tempoh 5.48 bulan. Tambahan pula, jumlah stok fizikal beras negara berbanding jumlah penduduk adalah antara yang tertinggi dan  terjamin di rantau ini. Kerajaan turut melaksanakan pelbagai inisiatif bagi  menjamin peningkatan pengeluaran beras tempatan khususnya melalui 12 Inisiatif Gelombang Padi. Antara yang dirangka adalah peluasan program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) Ala Sekinchan, program  penanaman padi 5 musim untuk 2 tahun dan inisiatif memperkukuh  infrastruktur pengairan sawah. 

KPKM juga menggalakkan penanaman dan pengambilan hasil tanaman tanaman lain yang bernutrisi dan sihat oleh rakyat selain daripada makanan ruji negara. Perkara ini adalah antara penekanan utama KPKM dalam  melaksanakan agenda keterjaminan makanan negara selaras dengan Dasar  Agromakanan Negara (DAN) 2021-2030.  

The post Bekalan Beras Sebagai Makanan Ruji Negara Mencukupi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*