Hatrik Bantu City Menang 7-0: “Jujur, Saya Tak Terfikir Pun” – Haaland

Haaland hatrik city menang 7-0

Hatrik Bantu City Menang 7-0: “Jujur, Saya Tak Terfikir Pun” – Haaland

Penyerang Manchester City, Erling Haaland menunjukkan kehebatannya apabila menjadi pemain ketiga dalam sejarah yang menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan Liga Juara-Juara (UCL).

Kemenangan 7-0 menentang RB Leipzig semalam telah membakar semangat Haaland untuk menggandakan jumlah hatrik (tiga gol dalam satu perlawanan) rekod peribadi miliknya.

Justeru, pemain Norway itu memberitahu Pep Guardiola bahawa dia mahu mendapatkan hatrik berganda sebelum pengurus City itu mengeluarkannya selepas minit ke-64.

“Saya memberitahunya (Guardiola) saya ingin menjaringkan hatrik berganda tetapi apa yang boleh saya lakukan?” katanya.

Kredit: Manchester City via The Mirror

Tidak hanya itu, Haaland turut memecahkan rekod terdahulu bekas pemain City berusia 94 tahun (Tommy Johnson, 38 gol musim 1928/1929) dengan memperoleh 39 gol dalam semusim.

BACA JUGA: Haaland Lebur Rekod Gol Liga Perdana Manchester City

Haaland ledak hatrik bagi City menang 7-0: ‘Saya tak terfikir pun’

“Ini adalah malam yang bermakna. Pertama, saya bangga bermain dalam perlawanan ini, saya menyukainya. Lima gol. Menang 7-0 memang menakjubkan.

“Kekuatan saya ialah menjaringkan gol. Patutkah saya berterus terang? Banyak matlamat hari ini, jujur, saya tak terfikir pun.

“Saya cuba menjaringkannya ke sudut belakang jaring. Kebanyakannya memerlukan pemikiran yang pantas dan mencari ruang yang tidak ada penjaga gol,” katanya.

Jadi pemain termuda capai 30 gol

Haaland yang menjaringkan hatrik kelimanya untuk City kali ini sekali gus menjadi pemain termuda yang mencapai 30 gol dalam pentas UCL.

Dalam masa yang sama, dia turut berharap bahawa prestasinya dalam bola sepak dapat dikekalkan serta menyumbang lebih banyak gol untuk kelabnya.

Sementara itu, pengurus Leipzig, Marco Rose (pernah bersama Haaland di Borussia Dortmund musim lalu) merasakan ia adalah satu malam istimewa buat penyerang itu.

“Ini adalah malam istimewa buatnya. Dia sangat ‘lapar’ (jaringan) dan merembatkan gol dengan kaki, tandukan kepala. Ia kelihatan sangat mudah baginya (ketika perlawanan).

“Dia mengambil bola dari pengadil. Ini bermakna ia adalah malam yang istimewa untuknya dari segi pemarkahan dan tahniah kepadanya,” tambahnya.

Siapa yang menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan UCL?

Memetik AS, sebelum ini, Messi telah dinobatkan sebagai pemain pertama yang mencapai kejayaan itu pada perlawanan kedua pusingan 16 untuk Barcelona menentang Bayer Leverkusen pada 2011-2012.

Dalam perlawanan itu, pasukan Catalan mencatatkan kemenangan 7-1 di Camp Nou dengan agregat 10-2.

Rekod itu disusuli dengan penyerang Brazil, Luiz Adriano yang turut menjaringkan lima gol dalam perlawanan peringkat kumpulan Shakhtar Donetsk menentang Bate Borisov pada 2014/2015.

Pasukannya telah mendapat kemenangan yang sama dengan keputusan 7-0 untuk Ukraine di Belarus.

Sumber: The Independent

The post Hatrik Bantu City Menang 7-0: “Jujur, Saya Tak Terfikir Pun” – Haaland appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*