Bekas Menteri Rusia & Sekutu Rapat Presiden Putin Maut Dirempuh Kereta

Sekutu Rapat Presiden Putin Maut

Bekas Menteri Rusia & Sekutu Rapat Presiden Putin Maut Dirempuh Kereta

Bekas Perdana Menteri Dagestan meninggal dunia selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang menyeberangi jalan, lapor Daily Mail.

Magomed Abdulayev, 61 tahun yang rapat dengan bekas presiden Rusia Dmitry Medvedev dimasukkan ke hospital tetapi meninggal dunia akibat kecederaan parah. Kejadian dilaporkan berlaku di bandar Makhachkala di Laut Caspian.

Ukraine segera menyatakan bahawa ini adalah kejayaan terbaru yang berturut-turut ke atas kematian warga Rusia pada tahun lalu yang dikuasai oleh Vladimir Putin.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Abdulayev, yang juga bekas rektor Universiti Pedagogi negeri Dagestan difahamkan sedang melintasi Jalan Magomed Gadzhiez sebelum dia dilanggar oleh sebuah kereta Niza.

Pemandu itu dilaporkan berusia 55 tahun tetapi tidak didedahkan sama ada dia telah ditahan atau belum.

Sewaktu kejadian Abdulayev sedang menyeberang jalan di satu kawasan yang dibenarkan, kata sebuah laporan.

Beliau pernah menjadi Perdana Menteri Wilayah Dagestan yang kaya dengan hasil minyak dari 2010 hingga 2013 dan dilantik ketika Medvedev menjadi presiden Kremlin.

Kredit East2West News

Medvedev adalah sekutu rapat Putin dan merupakan penulis blog perang di Ukraine. Mereka berkenalan sejak menjadi pelajar siswazah di St Petersburg State University.

Medvedev, 57, kini merupakan timbalan kepada Putin dalam majlis keselamatan Rusia, dan telah dipanggil sebagai sekutu politik terdekatnya. Beliau juga telah mengetuai parti Rusia Bersatunya.

Saluran Telegram Pravda Geraschenko yang dikendalikan oleh pegawai Ukraine Anton Geraschenko menyiarkan laporan berkenaan ‘satu lagi kematian misteri seorang pegawai Rusia’.

“Sebuah kereta merempuh bekas Perdana Menteri Dagestan di Makhachkala, lalu terbunuh.

“Media Rusia melaporkan bahawa Magomed Abdulayev, 61, telah menjadi mangsa perlanggaran kereta apabila dia melintas jalan di tempat yang salah,” tulis laporan Pravda Geraschenko.

Kematiannya berlaku kurang dua bulan selepas oran kanan Putin di wilayah Kherson yang bernama Kirill Stremousov, 45 tahun terbunuh dalam kemalangan kereta. Beliau terbunuh selepas kereta jenis Lexus berperisai miliknya telah hancur teruk.

Rusia telah dilanda kematian yang ‘mencurigakan’ dan kebanyakannya dikaitkan dengan sektor tenaga sejak ketegangan memuncak menjelang pencerobohan Putin pada Februari 2022 ke atas Ukraine.

Sumber: Daily Mail

The post Bekas Menteri Rusia & Sekutu Rapat Presiden Putin Maut Dirempuh Kereta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*