Lokasi Pelancongan Terbaik Di Dunia, KL Dapat Tempat Ke-10!

Lokasi Pelancongan Terbaik Di Dunia, KL Dapat Tempat Ke-10!

Bercuti bersama keluarga, rakan-rakan ataupun seorang diri merupakan sesuatu yang akan dilakukan oleh orang ramai sekiranya mempunyai kelapangan waktu.

Ada yang akan bercuti ke luar negara, ada juga yang akan bercuti di dalam negara. Tidak kiralah tempatnya di mana, yang penting anda menikmati percutian anda itu.

Kadang-kadang, ada juga mereka yang akan bercuti ke Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi untuk berkunjung ke Suria KLCC. Bukan rakyat Malaysia saja yang pergi ke Kuala Lumpur tau! Ia juga merupakan tempat yang digemari oleh pelancong luar negara.

Kalau nak tahu, Kuala Lumpur telah mendapat tempat ke-10 dari 25 tempat dalam Traveller’s Choice Award Best of the Best. Sekali gus, Kuala Lumpur menjadi antara tempat pelancongan terbaik di dunia!

Seperti yang anda tahu, Kuala Lumpur mempunyai bangunan pencakar langit yang ikonik iaitu Menara Berkembar Petronas yang merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia. Bangunan ini mempunyai ketinggian setinggi 451.9 meter.

Selain daripada Menara Berkembar Petronas yang juga dikenali sebagai Menara KLCC, terdapat juga bangunan pencakar langit yang lain yang meraih tumpuan dunia.

Antara bangunan tersebut adalah Menara Kuala Lumpur, Menara The Exchange 106 dan Menara Merdeka 118.

Kalau nak tahu, Merdeka 118 sebelum ini dinamakan sebagai Menara Warisan Merdeka. Menara ini telah mendapat tempat kedua dalam bangunan tertinggi di dunia!

Tidak hairanlah kenapa Kuala Lumpur boleh mendapat tempat 10 teratas dalam lokasi pelancongan terbaik di dunia. Rasanya, makanan-makanan yang lazat di situ juga boleh menyumbang kepada kejayaan ini, kan?

Selain daripada Kuala Lumpur, terdapat juga tempat pelancongan lain yang turut disenaraikan dalam anugerah tersebut.

Tempat Pelancongan Terbaik

Dalam senarai yang dikeluarkan oleh Tripadvisor, tempat pertama bagi kawasan pelancongan pilihan pelancong adalah Tokyo, Jepun. Ia diikuti pula dengan Seoul di Korea dengan tempat kedua dan juga Halong Bay, Vietnam di tempat ketiga.

Seterusnya pula, tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing diambil oleh Pulau Palawan di Filipina, Sa Pa di Vietnam dan Bogota di Colombia.

Tempat percutian lain yang mendapat tempat ketujuh adalah Pattaya, Thailand dan ia diikuti oleh Alajuela di Costa Rica ditempat kelapan. Tempat kesembilan pula adalah Phnom Penh di Kemboja.

Seperti yang anda tahu, Kuala Lumpur memegang tempat yang ke-10 yang diikuti dengan tempat-tempat lain seperti, Pulau Jeju, Viti Levu, Chennai, Puebla, Bandung, Bandar Panama, Huaraz, Nairobi, La Paz dan juga Pelabuhan Ghalib.

Kesemua tempat-tempat yang dinyatakan selepas Kuala Lumpur masing-masing telah mengambil tempat ke-11 sehinggalah ke-20.

Kemudian, ia diikuti pula dengan tempat ke-21 oleh Brasov di Romandia dan Manta di Ecuador di tempat ke-22. Casablanca di Maghribi pula mendapat tempat ke-23, tempat ke-24 adalah milik Santiago di Chille dan tempar terakhir adalah Taipei di Taiwan.

Sumber: Tripadvisor

BACA JUGA: Pemenang Golden Globe, Hayao Mizaki Dengan Filem The Boy And The Heron

The post Lokasi Pelancongan Terbaik Di Dunia, KL Dapat Tempat Ke-10! appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*