Ben-Gvir cetus provokasi ceroboh Masjid Al Aqsa

BAITULMUQADDIS: Menteri Keselamatan berhaluan kanan Israel, Itamar Ben-Gvir memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur sekali gus mencetus tindak balas rakyat Palestin yang melabelkan perbuatan itu sebagai provokasi melampau.

Lapor Al Jazeera, Ben-Gvir dilihat melawat tapak itu di bawah kawalan keselamatan yang ketat.

“Kerajaan kami tidak akan menyerah kepada ancaman Hamas,” kata Ben-Gvir dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh juru cakapnya, selepas kumpulan Palestin yang mentadbir Semenanjung Gaza memberi amaran bahawa langkah sedemikian sudah melampaui batas.

Malah, Ketua pembangkang Israel dan bekas Perdana Menteri, Yair Lapid turut memberi amaran lawatan Ben-Gvir itu bakal mencetuskan keganasan.

Kementerian Luar Palestin  mengutuk keras pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh menteri rejim zionis itu dan menganggapnya sebagai provokasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerana boleh memburukkan konflik di kawasan itu.

Ben-Gvir mengangkat sumpah minggu lalu sebagai sebahagian daripada kerajaan baharu yang dipimpin oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang merangkumi parti berhaluan kanan dan ekstrimis agama.

“Sebarang provokasi di Masjid Al-Aqsa akan mengeruhkan keadaan dan kerajaan pendudukan akan bertanggungjawab atas perkara ini,” kata jurucakap Hamas, Abdel Latif al-Qanoua dalam satu kenyataan.

Ben-Gvir berulang kali menyertai peneroka Israel menceroboh perkarangan Masjid Al-Aqsa dan menyebabkan gelombang rusuhan di kawasan itu selepas menubuhkan pejabat di kejiranan Sheikh Jarrah Februari lalu ketika rakyat Palestin berdepan pengusiran beramai-ramai.

The post Ben-Gvir cetus provokasi ceroboh Masjid Al Aqsa appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*