Kru Lapangan Terbang Maut, Tersedut Ke Dalam Enjin Pesawat

Tersedut Ke Dalam Enjin Pesawat

Kru Lapangan Terbang Maut, Tersedut Ke Dalam Enjin Pesawat

Seorang pekerja kru darat sebuah syarikat penerbangan meninggal dunia pada hari Sabtu selepas disedut ke dalam enjin pesawat di Alabama, kata Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NSTB).

Berdasarkan laporan Yahoo News, pekerja itu “tertelan” ke dalam enjin sebuah pesawat American Airline Embraer 170 yang diletakkan di pintu dengan breknya ditetapkan di Lapangan Terbang Wilayah Montgomery, kata NSTB dalam satu kenyataan.

Agensi itu berkata bahawa mereka telah membuka siasatan ke atas kemalangan tersebut.

“Laporan awal dijangka siap dalam dua hingga tiga minggu,” kata kenyataan itu lagi.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Lapangan Terbang Wilayah Montgomery berkata pada hari Sabtu bahawa kemalangan industri yang menyebabkan kematian itu berlaku sekitar jam 3 petang.

Menurut mereka, pekerja itu berkerja di syarikat Piedmont Airlines sebuah anak syarikat bagi American Airlines Group.

“Kami sedih mendengar berita tentang kehilangan tragis ahli pasukan AA/Piedmont Airlines,” kata Wade A. Davis, Pengarah Eksekutif lapangan terbang tersebut.

“Ingatan dan doa kami sentiasa bersama keluarga dalam tempoh sukar ini,” kata Wade lagi.

American Airlines mengesahkan kematian pekerja Piedmont itu menerusi satu kenyataan kepada Insider dan mengatakan bahawa mereka turut berdukacita tentang kemalangan ngeri tersebut.

“Fokus kami adalah untuk memastikan semua yang terlibat mendapat sokongan yang mereka perlukan semasa masa sukar ini,” kata kenyataan itu.

Kru itu maut ketika salah satu enjin pesawat masih lagi hidup, lapor laman berita Reuters.

Sumber: Yahoo News

The post Kru Lapangan Terbang Maut, Tersedut Ke Dalam Enjin Pesawat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*