Berang Tak Dapat Duit Kahwin, Remaja Nekad Bakar Rumah Milik Ibu Bapa Sendiri

bakar rumah ibu bapa

Berang Tak Dapat Duit Kahwin, Remaja Nekad Bakar Rumah Milik Ibu Bapa Sendiri

Remaja berusia 17 tahun warga Jalan Kelompok Tani, Daerah Tebo Tengah, Indonesia nekad membakar rumah ibu bapanya sendiri gara-gara tidak diberi belanja untuk berkahwin, lapor PrianganTimur.

Kejadian dilaporkan bermula apabila sebuah unit rumah separuh kekal pada Sabtu, 4 Februari lalu sekitar jam 08.00 WIB secara tiba-tiba dilaporkan telah terbakar.

Punca kebakaran masih belum dikenal pasti, namun menurut penduduk setempat, api dikatakan muncul secara tiba-tiba dari dalam rumah dan terus merebak.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Malangnya, sewaktu kejadian pemilik rumah berkenaan dikatakan berada di kebun yang agak jauh dan menyebabkan rumah tersebut tidak dapat diselamatkan sehingga habis terbakar.

“Api tiba-tiba muncul dari dalam rumah dan serta-merta membesar lalu membakar seluruh rumah. Pemilik rumah tiada kerana berada di kebun,” kata seorang penduduk yang menjadi saksi kejadian.

Bagaimanapun, penduduk menyatakan bahawa ada sesuatu yang pelik sewaktu kejadian kebakaran tersebut berlaku.

Menurut penduduk setempat, remaja yang diberi nama samaran sebagai RS yang merupakan anak kandung mangsa rumah terbakar berkenaan dilihat mundar-mandir membawa tong berisikan petrol ke rumah tersebut.

Berdasarkan maklumat itu, mangsa segera melaporkan anaknya itu kepada polis.

Selepas berjaya ditahan oleh polis, RS memberitahu bahawa dia sengaja memulakan kebakaran itu kerana berang ayahnya enggan memberikan belanja untuknya berkahwin.

“Mungkin pelaku tidak sabar dan jengkel dengan janji ibu bapanya lalu bertindak membakar rumah ibu bapanya sendiri,” kata Ketua Polis Daerah Tebo Tengah, AKP Dedi Tanto.

“Setakat ini, pelaku sudah pun kita tangkap dan masih dalam siasatan intensif. Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat serta arahan Pemkab Tebo mengesahkan kejadian kebakaran tersebut,” kata Dedi lagi.

Terdahulu Siakap Keli ada melaporkan satu lagi kejadian di mana seorang lelaki bertindak membakar rumah majikannya ekoran tidak puas hati sudah bekerja 10 hari namun tidak dibayar gaji dalam kejadian yang berlaku di Desa Teling Atas, Manado pada Khamis.

Lelaki berkenaan, 17 tahun yang bekerja sebagai pembantu rumah dikatakan mahu berhenti setelah 10 hari bekerja dan mahu majikan untuk membayarnya.

Namun, majikannya enggan memberi gaji dengan alasan suspek baru sahaja bekerja, malah tempohnya melebihi sebulan.

Ketua Perhubungan Awam Polis Wilayah Sulawesi Utara, Kombes Pol Jules Abraham Abast berkata, ” Suspek berjaya ditangkap di Jalan Trans Sulawesi, di sebuah restoran di kawasan Sangkub pada Khamis sekitar jam 5:30 waktu Indonesia Tengah (WITA).

“Ketika ini, suspek sudah berada dalam tahanan di Pejabat Polis Manado untuk siasatan lanjut,” jelas Jules.

Sumber: Priangan Timur

The post Berang Tak Dapat Duit Kahwin, Remaja Nekad Bakar Rumah Milik Ibu Bapa Sendiri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*