Penduduk Diarah Berpindah, Kereta Api Bawa Bahan Kimia Berbahaya Tergelincir

Kereta Api Bawa Bahan Kimia

Penduduk Diarah Berpindah, Kereta Api Bawa Bahan Kimia Berbahaya Tergelincir

Sebuah kereta api yang bawa bahan kimia di Ohio, AS dilaporkan tergelincir, lapor BBC.

Pegawai dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NSTB) berkata, terdapat 20 gerabak yang membawa bahan berbahaya di dalam kereta api itu.

Jelasnya lagi, sepuluh daripadanya tergelincir kira-kira 15 batu di selatan Youngstown, Ohio.

Difahamkan, lima daripada gerabak yang tergelincir itu membawa bahan kimia vinil klorida, sejenis gas.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Bahan kimia vinil klorida tersebut dilepaskan ke udara dari lima gerabak kereta api yang berisiko meletup.

Susulan pelepasan bahan kimia tersebut, para penduduk di kawasan tersebut diarahkan untuk mengosongkan kawasan itu atau berisiko untuk kematian.

Gambar: BBC

Perintah pemindahan telah dibuat kepada penduduk dalam radius satu batu (1.6 kilometer) dari landasan di perkampungan East Palestine.

Gambar dari tempat kejadian menunjukkan kepulan besar asap hitam di udara sejurus selepas pegawai berkata pelepasan terkawal akan dilaksanakan.

Gambar: BBC

Pada hari Ahad, Gabenor Mike DeWine berkata, “Perubahan suhu yang drastik telah berlaku dalam kereta api.”

“Kini, terdapat potensi yang boleh menyebabkan letupan yang boleh membawa maut sehingga satu batu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta para penduduk yang masih belum berpindah untuk segera berpindah.

Pasukan polis juga melakukan pemeriksaan di kawasan kediaman untuk mengira penduduk yang masih tinggal dan menggesa orang ramai untuk keluar.

“Kami akan menguatkuasakan zon pemindahan,” kata Sheriff Brian McLaughlin dari Columbiana County dalam satu kenyataan.

“Tolong, untuk keselamatan anda sendiri, keluarkan keluarga anda daripada bahaya,” katanya.

Selain itu, sekolah dan pejabat juga ditutup pada hari Isnin dan perniagaan dalam zon pemindahan tidak dibenarkan beroperasi.

Perintah perlindungan di tempat tersebut berkuat kuasa untuk seluruh bandar berkenaan, yang menempatkan kira-kira 5,000 orang atas kebimbangan mengenai bahan kimia yang mungkin dilepaskan ke udara.

Menurut laporan BBC, dua tempat pemindahan telah dibuka untuk memberi perlindungan kepada penduduk.

Pendedahan kepada vinil klorida telah dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser, menurut Institut Kanser Kebangsaan.

Bagaimanapun, pegawai alam sekitar negeri berkata tahap berbahaya tidak dikesan dalam masyarakat.

Punca sebenar kereta api Norfolk Southern, yang membawa lebih 100 buah gerabak tergelincir itu masih belum diketahui.

Kereta api kargo itu dikatakan berlepas dari Madison, Illinois dan menuju ke Conway, Pennsylvania sebelum ia tergelincir dari landasan, menurut NTSB.

Sumber: BBC

The post Penduduk Diarah Berpindah, Kereta Api Bawa Bahan Kimia Berbahaya Tergelincir appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*