Berbakti Hingga Akhir Hayat, Pelajar Cemerlang Imamkan Solat Jenazah Ibu

pelajar imamkan jenazah ibu

Berbakti Hingga Akhir Hayat, Pelajar Cemerlang Imamkan Solat Jenazah Ibu

BACHOK — Berbakti hingga ke liang lahad, pelajar cemerlang 11A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Muhammad Syahril Saidi, 18, mengimamkan sendiri solat jenazah ibunya, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53.

Pelajar Cemerlang SPM Imamkan Jenazah Ibu

Memetik Sinar Harian, jenazah wanita itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lati, Jelawat pada jam 11.30 pagi hari ini.

Difahamkan, ibunya telah menderita angin ahmar sejak tahun 2019 dan meninggal dunia pada jam 8.20 malam semalam.

pelajar imamkan jenazah ibu
Gambar: Sinar Harian

Anak bongsu daripada enam adik-beradik itu reda dengan pemergian ibu tercinta selepas menerima keputusan cemerlang SPM yang diumumkan tiga hari lalu.

“Tak apa, saya reda,” ucapnya ringkas sewaktu menerima ucapan takziah dan dipeluk oleh Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman.

Syahir hadir di Kampung Kandis bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah ibu Muhammad Syahril.

Gambar: Sinar Harian

Dalam pada itu, nenek saudaranya, Zainab Otman, 58, berkata walaupun bersedih dengan pemergiaan ibu tersayang, remaja itu berada dalam keadaan tenang.

“Mereka yatim piatu sememangnya anak yang baik dan bergilir-gilir menjaga ibu mereka yang sakit. Mereka sudah menjalankan tanggungjawab sebagai anak dengan amat sempurna,” katanya.

pelajar imamkan jenazah ibu
Gambar: Sinar Harian

Tambah Zainab, lebih 11 tahun lalu, arwah bapa Muhammad Syahril meninggal  dunia ketika dia masih di darjah satu.

“Mereka tinggal menyewa di rumah sekarang selepas rumah kayu asal di kampung yang sama, sudah usang,” ujarnya lagi.

Gambar: Sinar Harian

BACA JUGA: Berkorban Jaga Mak Sakit, Cikgu Hantar Keputusan SPM 11A Ke Rumah

Sebelum ini, kisah Muhammad Syahril mendapat perhatian ramai setelah tidak hadir bagi menerima keputusan SPM. Dia yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman, Beris Lalang itu difahamkan terpaksa menjaga ibunya.

Susulan itu, pihak sekolah telah hadir ke rumahnya pada Khamis lalu bagi menyerahkan keputusan tersebut.

pelajar imamkan jenazah ibu
Gambar: Sinar Harian

Terdahulu, Bernama melaporkan Allahyarhamah Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, menghembuskan nafas terakhir malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengetua Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman Beris Lalang Noor Ruziana Ismail.

“Saya terima panggilan mengenai pemergian arwah lebih kurang pukul 8.45 malam tadi dan saya mewakili pihak sekolah ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Syahril dan Insya-Allah selepas ini kami akan sampaikan sumbangan atau bantuan yang diperlukan beliau,” katanya ketika dihubungi.

Sumber: Sinar Harian 

The post Berbakti Hingga Akhir Hayat, Pelajar Cemerlang Imamkan Solat Jenazah Ibu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*