Tular Rakaman Rumah Kayu Hanyut, Dakwa Banjir Di Sempadan Indonesia-Malaysia

rumah kayu arus banjir sempadan malaysia-indonesia

Tular Rakaman Rumah Kayu Hanyut, Dakwa Banjir Di Sempadan Indonesia-Malaysia

Tular satu rakaman video yang menunjukkan sebuah rumah kayu dibawa arus dalam satu insiden banjir yang didakwa berlaku di sempadan Malaysia-Indonesia.

Video berkenaan dimuat naik oleh seorang pengguna facebook dengan nama akaun Dinsalee Singa Personal Page.

Dalam video yang berdurasi 29 saat itu, kelibat beberapa orang dipercayai penduduk tempatan juga dilihat meninjau keadaan banjir yang melanda kawasan tersebut.

“Ni rumah yang hanyut ini ada dua unit,” kata salah seorang individu yang berada dalam rakaman berkenaan.

“Bahaya! Bahaya! Bahaya!” kendengaran daripada individu yang lain pula.

Berdasarkan hantaran terbabit, pemilik halaman Facebook berkenaan meminta agar orang ramai sentiasa berhati-hati.

“Hati-hati sekarang, musim hujan, musim banjir, musim kepala air. Abpa temubu abpa rayeh (bahasa Lun Bawang bagi arus air semakin besar),” katanya.

Dakwanya, video berkenaan memaparkan kejadian banjir yang berlaku di sempadan Malaysia-Indonesia di Kepulauan Borneo.

Katanya lagi, video tersebut diambil oleh ahli keluarga terdekatnya berada di sana, ketika kejadian tersebut berlaku.

Dia kemudianya berdoa agar semua pihak terhindar daripada sebarang malapetaka, khususnya pada musim tengkujuh ini.

“Musim hujan satu Borneo kali sekarang ni. Sini ,Sabah pun apa kurangmya, di mana-mana ada kebanjiran sebab musim hujan..” katanya lagi.

MET Malaysia ramal cuaca ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pada Jumaat, 22 September 2023

Menurut kenyataan daripada Jabatan Meterologi Malaysia (Met Malaysia) yang dikeluarkan pada 2.20 petang, 22 September 2023, beberapa kawasan di Malaysia bakal menghadapi ribut petir.

Dalam kenyataan itu , ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak & Johor Timur. Selain itu, keadaan cuaca yang sama juga dijangka berlaku di Sarawak Utara Sabah Barat dan Labuan. Amaran dikeluarkan sehingga 7:00 malam, hari ini.

Bagi Seksyen B (Perkapalan) pula, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Phuket, Selat Melaka Utara,  Samui, Tioman, Condore , Bunguran, Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan, Palawan, Sulu, Sulawesi sehingga 7:00 malam, hari ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter,”

MET Malaysia berkata keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil untuk berada di kawasan persisiran pantai.

BACA: Mudah Je, Ini Cara Nak Goreng Sosej, Jadi Cantik Berkilat & Tak Berkedut

Sumber: Dinsalee Singa Personal Page via Facebook & MET Malaysia

The post Tular Rakaman Rumah Kayu Hanyut, Dakwa Banjir Di Sempadan Indonesia-Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*