Bergaya, Lelaki Ke Pasar Dengan Tie Merah & Kasut Sebesar ‘Alam’

lelaki pasar kasut tie

Bergaya, Lelaki Ke Pasar Dengan Tie Merah & Kasut Sebesar ‘Alam’

Manusia dengan fesyen memang tidak boleh dipisahkan. Walaupun cuma untuk keluar berjalan santai-santai, kita tetap mahu kelihatan kemas dan bergaya.

Apatah lagi jika perlu menghadiri acara-acara yang menuntut kita mengenakan pakaian mengikut tema-tema tertentu.

Pasti, acara yang dihadiri tiba-tiba kelihatan seperti pentas pertunjukan fesyen yang gah, kan?

Namun begitu, lain pula dengan seorang lelaki yang dipercayai dari sebuah negara yang terletak di benua Afrika ini.

Nampaknya, dia memilih kawasan pasar tani sebagai gelanggang untuk dia mempamerkan bakat peragaan dan busana luar biasa yang digayakannya.

Kelibat dan bakatnya mula mendapat perhatian warga maya selepas dia membuat perkongsian menerusi TikTok, Ian Umeh (@ianumeh) baru-baru ini.

Lelaki bergaya ke pasar malam, pakai tie merah & kasut gergasi

Dalam video berkenaan, Ian dilihat mengenakan pakaian formal berupa blazer, kemeja putih, seluar hitam dan beberapa pakaian unik yang lain.

Imej formal seorang lelaki itu kemudian terus berubah apabila dipadankan dengan sepasang kasut bersaiz gergasi yang dipakainya.

Bukan itu sahaja, dia turut mengenakan seutas tali leher bersaiz ‘jumbo’, melengkapi busana uniknya pada hari tersebut.

Berlatar belakangkan sebuah pasar tani yang sedang sibuk dengan aktiviti jual beli, dia kemudiannya mula memperagakan busana yang dipakai.

Sudah tentu, Ian menarik perhatian pengunjung pasar yang lain kerana aksi dan pakaian yang dipakai terlalu unik serta lain dari yang lain.

Orang ramai yang lalu-lalang juga seolah-olah terkesima melihat gelagatnya.

Ketika lelaki berkenaan cuba melangkah, sebelah kasut telah menutup separuh daripada laluan orang ramai di pasar berkenaan.

Malah, ada beberapa pengunjung sempat berhenti di depan Ian, lalu mengeluarkan telefon dan merakam momen tidak diduga itu.

@ianumeh

Stop staring 🤦#ianumeh

♬ Mmm Mremememew Memew – yulia

Dalam hantarannya sebelum ini, Ian Numeh membuat beberapa hantaran video yang memaparkan dirinya berjalan di kawasan kejiranan dengan mengenakan pakaian yang sama.

@

♬ –

@ianumeh

Mood for 2024 🤌🤌Pictures have been uploaded on my Instagram page 🔥 #ianumeh

♬ Eyan Mana Challenge – Nupe Asali 📺 Tv

Menjengah ke ruang komen, rata-rata pengikutnya kagum dan memuji keyakinan yang dimiliki Ian.

Rasanya, tak ramai yang sanggup ke pasar malam sambil mengenakan set pakaian seperti Ian, kan?

BACA: Mudah & Pantas, Tip Nak Hilangkan Rasa Pijar Cili Pada Tangan

Sumber: @ianumeh via TikTok

 

The post Bergaya, Lelaki Ke Pasar Dengan Tie Merah & Kasut Sebesar ‘Alam’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*