Berita Tular PM Beri Cuti Umum Rabu Ini Adalah Palsu – JPM

pm beri cuti umum

Berita Tular PM Beri Cuti Umum Rabu Ini Adalah Palsu – JPM

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) — Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini menafikan satu tangkap layar berita yang tular di media sosial memetik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti umum pada Rabu ini susulan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di Anugerah Akademi (Oscar).

BACA JUGA: Tular Detik-detik Gunung Merapi Meletus, Muntah Awan Panas Sehingga 7 KM

JPM menerusi hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan maklumat yang disampaikan menerusi tangkap layar berita bertajuk “PM Anwar declares public holiday on Wednesday: This is the pride of a nation!”itu adalah palsu.

“Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

Tidak pasti, jangan kongsi,” menurut hantaran itu.

Sumber: BERNAMA

The post Berita Tular PM Beri Cuti Umum Rabu Ini Adalah Palsu – JPM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*