Cara Nak Bayar Zakat Fitrah “Online”, Guna Aplikasi Maybank

zakat fitrah mae

Cara Nak Bayar Zakat Fitrah “Online”, Guna Aplikasi Maybank

Dalam kesibukan bulan Ramadan, mungkin ada di antara kita yang selalu terlupa untuk mengejarkan Rukun Islam keempat iaitu menunaikan Zakat Fitrah.

Zakat Fitrah merupakan sejenis zakat diri yang difardukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Beberapa syarat wajib zakat fitrah yang perlu diketahui seperti:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Menurut Lembaga Zakat Selangor, waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada lima waktu iaitu:

  • Waktu Wajib (Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal)
  • Waktu Afdal (Sebelum sembahyang Hari Raya)
  • Waktu Sunat (Sepanjang bulan Ramadhan)
  • Waktu Makruh (Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal)
  • Waktu Haram (Selepas terbenam matahari satu Syawal)

Namun begitu, kesibukan ketika bulan puasa ini menyebabkan kita terlupa atau terlepas pandang untuk membayar zakat fitrah tepat pada waktu.

Sampai satu tahap, ada yang baru teringat ketika pagi Hari Raya Aidilfitri. Macam mana tak kalut? Kebiasaannya, kita menziarah ahli keluarga dan jiran tetangga.

Akan tetapi, ada segelintir hamba Allah yang (terpaksa) memulakan pagi raya mereka dengan mencari amil dalam kampung halamannya.

“Saya asyik lupa je. Kan best boleh bayar zakat fitrah secara online. Kalau teringat, boleh terus bayar je,” keluh sebahagian daripada kita kan.

Jangan risau, saudara. Dalam era globalisasi ini, hampir semua perkara boleh dilakukan secara atas talian.

Kini, umat Islam boleh melaksanakan pembayaran zakat menerusi aplikasi MAE. Sesiapa yang tidak pernah menggunakan aplikasi MAE, anda mesti cuba kerana aplikasi ini menawarkan pelbagai fitur seperti pengurusan wang, tabung dan sebagainya.

Berikut merupakan enam langkah mudah, cara bayar zakat fitrah online guna aplikasi MAE Maybank:

1. Log masuk ke MAE. Klik ‘Pay bills’ pada paparan ‘Quick Actions’

Kredit: Maybank2U

2. Klik ‘Zakat’

zakat fitrah mae
Kredit: Maybank2U

3. Pilih Badan Zakat pilihan anda berserta jenis Zakat.

zakat fitrah mae
Kredit: Maybank2U

4. Jika anda melakukan pembayaran Zakat Fitrah, pilih jenis beras yang dimakan secara kerap serta jumlah tanggungan termasuk diri sendiri.

zakat fitrah mae
Kredit: Maybank2U

5.  Masukkan butiran nombor telefon bimbit.

Kredit: Maybank2U

6. Lakukan semakan terakhir pada butiran bayaran zakat anda. Jika tidak mengalami apa-apa perubahan, lafazkan niat yang tertera paa paparan dan tekan ‘Pay Now’.

zakat fitrah mae
Kredit: Maybank2U

“Mudahnya. Alang-alang teringat ni, bayar teruslah. Bila bayar awal, kita pun rasa lapang je,” kata Aqmal dengan nada teruja.

Dengan aplikasi MAE, bayaran zakat fitrah boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja dengan satu klik sahaja.

BACA: Tutorial Ubah Widget iPhone Guna Widgy, Lagi Kemas & Menarik

Sumber: Maybank2U

 

The post Cara Nak Bayar Zakat Fitrah “Online”, Guna Aplikasi Maybank appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*