Berkumpul Tepi Jalan Untuk Ritual Pengebumian, 19 Maut & 20 Cedera Dilanggar Trak Di China

Kemalangan 19 Maut Dan 20 Cedera Di China Akibat Kabus Tebal

Sekurang-kurangnya 19 maut dan 20 lagi cedera dalam kemalangan maut di Jiangxi, China, yang berlaku Ahad lepas, lapor Saudi Gazette.

Menurt akhbar tempatan Jimu, kemalangan maut itu dipercayai berlaku apabila sebuah trak melanggar perarakan pengebumian yang melalui lokasi tersebut.

Ketika kejadian, orang ramai dikatakan berada di tepi jalan tersebut untuk melakukan ritual khas kepada si mati sebelum bergerak ke tapak pembakaran mayat.

Mangsa yang meninggal dunia majoritinya adalah mereka yang terlibat dengan ritual tersebut.

Seorang saksi lelaki memberitahu media yang isterinya turut terkorban dalam kemalangan tersebut. Katanya, dia melihat sebuah trak tiba-tiba merempuh bahagian belakang barisan perarakan sebelum menghentam kenderaan mayat.

Kira-kira sejam selepas berita kemalangan tersebut, pihak polis trafik Daerah Nanchang mengeluarkan tip pemanduan keselamatan kepada pemandu-pemandu yang memaklum kawasan tersebut mengalami ‘cuaca berkabus’.

Antara tips yang dikeluarkan adalah mengelakkan daripada memandu terlalu dekat dengan kereta di hadapan serta berhati-hati dengan kehadirian penjalan kaki.

Terdahulu, kemalangan jalan raya adalah perkara biasa di China kerana salah satunya didakwa berpunca daripada kekurangan kawalan keselamatan yang ketat.

Pada September lepas, 27 penumpang maut selepas bas yang membawa mereka ke pusat kuarantin di barat daya wilayah Guizhou terbalik di lebuh raya.

BACA: Muatnaik Di Youtube 30 Disember Lepas, Lagi Tular Warga Asing Dipercayai Panjat Menara Merdeka 118

Sumber: Saudi Gazette

The post Berkumpul Tepi Jalan Untuk Ritual Pengebumian, 19 Maut & 20 Cedera Dilanggar Trak Di China appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*