Bertarung Dengan Kanser, Ball Ball Si Anjing Meme Terkenal Baka Shiba Inu Mati

anjing meme terkenal mati

Bertarung Dengan Kanser, Ball Ball Si Anjing Meme Terkenal Baka Shiba Inu Mati

Seekor anjing yang terkenal kerana sering dijadikan meme dilaporkan pergi buat selamanya selepas bertarung nyawa melawan kanser sejak Disember lalu.

Anjing yang sering kelihatan dalam meme ‘Bonk’ dilapor menghembuskan nafas terakhir pada 18 Ogos, semalam.

anjing meme bonk pergi selama-lamanya
Kredit: Pinterest

Kematian anjing baka Shiba Inu bernama Balltze itu dimaklumkan oleh tuannya melalui Instagram rasmi anjing tersebut, @balltze.

”Ball Ball ‘tertidur’ pada pagi Jumaat semasa pembedahan thoracentesis terakhirnya. Awalnya, kami merancang untuk mengatur sesi kemoterapi atau apa-apa rawatan yang lain selepas pembedahan ini, namun kini semua sudah terlambat,” kata hantaran itu.

Pemilik anjing ‘meme’ minta peminat jangan bersedih atas pemergiannya

Pemilik Ball Ball dalam pada itu memujuk orang ramai agar tidak bersedih atas pemergian anjing yang paling disayangi dalam dunia internet.

“Jangan bersedih, ingatilah kegembiraan yang telah dibawa Ball Ball dalam dunia ini.

“Anjing Shiba Inu yang memiliki wajah bulat dan sentiasa  tersenyum menghubungkan saya dan anda. Ia telah membantu ramai orang sewaktu pandemik dan membawa kegembiraan kepada semua, tetapi misinya sudah selesai.

”Saya percaya, Ball Ball kini berlari bebas di langit dan menikmati pelbagai makanan enak bersama rakan-rakannya disana.

“Ia akan sentiasa berada dalam hati saya. Saya berharap bahawa ia akan terus memberikan kegembiraan kepada semua orang,” kata hantaran itu lagi.

Dalam pada itu, pemilik Ball Ball turut berkesempatan mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan yang membantu anjing sejak enam bulan lepas.

Katanya, mereka telah melakukan tugas dengan sangat baik, khususnya dalam menjaga kebajikan anjing itu sebelum ia pergi buat selama-lamanya.

“Anda semua  sangat pemurah dan suka menolong, dan saya sangat bersyukur kepada anda semua atas kasih sayang dan sokongan terhadap Ball Ball tanpa sebarang syarat,

“Saya dapati inilah bentuk cinta yang paling sejati dalam dunia, memiliki Ball Ball dalam hidup saya adalah perkara paling indah pernah terjadi,”

Pada akhir kenyataan, pemiliknya memaklumkan bahawa baki sumbangan yang diterimanya untuk membayar bil perubatan Ball Ball sebelum ini akan disalurkan ke pusat kebajikan haiwan.

“Terima kasih semua, terima kasih, Ball Ball tahu betapa dirinya cukup disayangi anda semua,”

Terdahulu, anjing kesayangan internet telah dilaporkan menghidapi kanser pada akhir Disember 2022.

BACA: Kelajuan Maksimum Cecah 840 kmj, Ini Fakta-fakta Mengenai Pesawat Beechcraft Premier 1

Sumber: @balltze via Instagram

The post Bertarung Dengan Kanser, Ball Ball Si Anjing Meme Terkenal Baka Shiba Inu Mati appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*