Air Mata Hiba Rakan “Rider” Iringi Pengebumian Arwah Muhamad Hafiz

Rakan Sekerja Arwah Muhamad Hafiz Tidak Tahan Sebak Dalam Majlis Pengebumian

Air Mata Hiba Rakan “Rider” Iringi Pengebumian Arwah Muhamad Hafiz

Seorang rakan penghantar makanan mangsa tragedi pesawat terhempas di Bandar Elmina, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh kelihatan tidak dapat menahan rasa sebak di atas kehilangan rakannya itu.

Muhammad Azim Abdul Malik (32) hadir mengiringi perjalanan terakhir sahabnya dalam majli pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jerung hari ini.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Jamek Ar Rahimiah, Klang bagi pengurusan jenazah oleh Jabatan Agama Islam Selangor sebelum dihantar ke Kedah.

Jamilah Ismail, 53, ibu kepada Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh juga dilihat tidak dapat menahan kesedihan ketika jenazah anaknya dibawa masuk ke dalam van jenazah di Masjid Jamek Ar Rahimiah, Klang.

Van jenazah bergerak ke kampung halaman Allahyarham di Sungai Petani, Kedah dengan diiringi polis dan tiba di Kampung Jerung, Sidam, Sungai Petani kira-kira 3 petang ini.

Jenazah kemudian disolatkan di Masjid Al-Huda, Kampung Jerung dan dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Jerung untuk dikebumikan.

Difahamkan, Allahyarham merupakan mangsa pertama dikebumikan dalam kalangan  10 mangsa terlibat dalam nahas itu.

Foodpanda mengatakan Muhamad Hafiz rider terbaik di syarikat tersebut

Sebelum ini, syarikat penghantaran makanan atas talian, Foodpanda telah mengucapkan takziah di atas pemergian Muhamad Hafiz Muhamad Salleh.

Menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, syarikat tersebut mengesahkan mangsa adalah ‘rider’ di bawah syarikat berkenaan.

Foodpanda turut memuat naik poster serta ucapan takziah buat seluruh keluarga mangsa yang berasal dari Taman Sidam, Sungai Petani, Kedah.

“Dukacita dimaklumkan bahawa rider kita, Muhamad Hafiz telah terlibat dalam tragedi kapal terbang terhempas di Elmina pada Khamis.

Dalam hantaran yang sama, syarikat tersebut sempat memberikan pengiktirafan kepada arwah sepanjang berkhidmat di bawah syarikat tersebut.

“Beliau merupakan rider terbaik Foodpanda.”

Terdahulu, 10 orang dilaporkan terkorban dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam dalam kejadian yang berlaku kira-kira 3 petang, Khamis.

Allahyarham merupakan salah seorang daripada dua pengguna jalan yang maut dalam tragedi tersebut. Manakala lapan lagi yang terkorban terdiri daripada enam orang penumpang dan dua kru pesawat malang tersebut.

BACA: Kelajuan Maksimum Cecah 840 kmj, Ini Fakta-fakta Mengenai Pesawat Beechcraft Premier 1

Sumber: Bernama via Twitter

The post Air Mata Hiba Rakan “Rider” Iringi Pengebumian Arwah Muhamad Hafiz appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*