Berusia 30 Tahun, Bobi Berjaya Dinobatkan Sebagai Anjing Tertua Dunia

anjing tertua dunia

Berusia 30 Tahun, Bobi Berjaya Dinobatkan Sebagai Anjing Tertua Dunia

Seekor anjing dari Portugal yang bernama Bobi telah dinobatkan sebagai anjing tertua di dunia yang masih hidup, lapor Daily Mail.

Difahamkan anjing baka Rafeiro do Alentejo itu tinggal di daerah Leira di Portugal dan berusia 30 tahun 267 hari.

Bobi tinggal di ladang yang dikendalikan oleh sebuah keluarga di kampung Conqueiros, tempat ia dilahirkan.

Walaupun sudah tua, anjing yang tenang dan mudah bergaul itu masih sihat untuk bermain dengan empat ekor kucing yang turut dipelihara oleh keluarga tersebut.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Gambar: Guinness World Records

Keluarga berkenaan percaya bahawa rahsia jangka hayat Bobi panjang disebabkan oleh ia sentiasa tinggal di luar bandar yang dikelilingi oleh alam semula jadi dan persekitaran yang aman.

Memetik Daily Mail, Bobi sangat suka makan dan kebanyakan menunya sama seperti pemiliknya, tetapi mereka akan merendamnya di dalam air terlebih dahulu untuk menghilangkan perasa.

Haiwan “One of A Kind”

Tuan kepada Bobi, Leonel Costa, menyifatkan haiwan peliharaannya itu tidak sama seperti haiwannya yang lain.

Costa berharap agar Bobi akan menjadi bapa kepada anak-anaknya kerana ia merupakan generasi terakhir.

“Bobi telah hidup selama bertahun-tahun, hanya dia yang tahu bagaimana dia bertahan,” kata Costa.

Menurut Costa, ia mesti bukan mudah kerana purata jangka hayat seekor anjing tidak begitu tinggi.

“Kami sangat gembira dan berterima kasih kerana membenarkan kami memelihara Bobi dalam hidup kami selama 30 tahun,” kata Costa lagi.

Jelasnya lagi, melihat umur panjang Bobi diiktiraf dan menjadi pemegang gelaran Guinness World Records merupakan kegembiraan yang amat besar buatnya.

Anjing peliharaan Costa tersebut dikatakan pernah mengalami masalah kesihatan pada tahun 2018, tetapi ia berjaya mengatasinya.

Gambar: Guinness World Records

Selain itu, Bobi juga pernah mempunyai masalah penglihatan dan berjalan yang berkaitan dengan usia.

Pada tahun 1992, Bobi telah berdaftar dengan Perkhidmatan Perubatan Veterinar Perbandaran Leiria untuk mengesahkan tarikh lahirnya.

Manakala umur Bobi pula telah disahkan oleh SIAC, iaitu pangkalan data haiwan peliharaan yang dibenarkan oleh kerajaan Portugal dan diuruskan oleh Kesatuan Kebangsaan Doktor Veterinar.

Sebelum ini, pemegang gelaran untuk anjing tertua yang masih hidup ialah Spike yang berusia 23 tahun 7 hari dan tinggal di Camden, Ohio, pada 7 Disember 2022.

Gelaran anjing tertua juga pernah dipegang oleh Bluey, seekor anjing lembu Australia yang hidup selama 29 tahun 5 bulan sebelum ditidurkan pada November 1939.

Sumber: Daily Mail

The post Berusia 30 Tahun, Bobi Berjaya Dinobatkan Sebagai Anjing Tertua Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*