Kajian Mercer Tunjuk Purata Gaji Di Malaysia Dijangka Naik 5.1 Peratus Pada 2024

Purata Gaji Di Malaysia Dijangka Naik 5.1 Peratus Pada 2024

Kajian Mercer Tunjuk Purata Gaji Di Malaysia Dijangka Naik 5.1 Peratus Pada 2024

Purata gaji di Malaysia dijangka meningkat sebanyak 5.1 peratus pada 2024, menurut Kajian Jumlah Saraan 2023 Mercer yang dikeluarkan semalam.

Walau bagaimanapun, kajian itu berkata pertumbuhan itu disifatkan lebih rendah berbanding purata 5.2 peratus di Asia. Ia juga memperlihatkan pergerakan gaji yang berbeza antara negara sedang pesat membangun dan maju dalam rantau ini.

Dalam kajian berkenaan, India, Vietnam dan Indonesia dijangka bakal merekodkan unjuran peningkatan gaji median tertinggi pada 2024.

Masing-masing bakal merekodkan unjuran peningkatan gaji median tertinggi pada 9.3 peratus, 7.0 peratus dan 6.5 peratus.

Manakala, tiga negara dari rantau Asia Timur seperti Jepun, Taiwan dan Hong Kong pula dijangka mencatat paras terendah.

Ketiga-tiga buah negara masing-masing dijangka merekodkan paras sunjuran peningkatan gaji median pada 2.6 peratus, 3.8 peratus dan 3.9 peratus.

Selain itu, terdapat beberapa negara lain yang turut tersenarai dalam kajian ini. Antaranya, Filipina (5.7 peratus), China (5.2 peratus), Thailand (4.7 peratus), Korea Selatan (4.4 peratus) dan 4.2 peratus bagi Singapura.

Ketua Pasaran Mercer Malaysia Koay Gim Soon berkata, pasaran buruh Malaysia terus memaparkan unjuran positif menerusi trend kenaikan gaji.

Malaysia masih memaparkan unjuran positif , meskipun negara kita telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang sederhana pada 2023 berbanding sebelumnya.

“Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan sektor individu sebahagian besarnya kembali meningkat seperti paras sebelum pandemik, dan pelbagai petunjuk ekonomi turut menunjukkan pertumbuhan selanjutnya pada tahun akan datang.

“Malah, lebih separuh daripada peserta dalam kajian ini menyatakan keinginan untuk meningkatkan peruntukan penggajian pada 2023 dan 2024 yang dilihat sebagai isyarat positif bagi syarikat dan pekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk makluman, Kajian Jumlah Saraan 2023 Mercer yang dijalankan antara April dan Jun pada tahun 2023.

Kajian ini telah menghimpunkan data daripada 668 syarikat multinasional (MNC) serta melibatkan kira-kira 15 buah industri di Malaysia.

Secara keseluruhannya, kenaikan gaji median di Malaysia menunjukkan trend peningkatan. Gaji median meningkat daripada 4.8 peratus pada 2022 kepada 5.0 peratus pada 2023.

BACA: Cukup Mudah, Cara Nak Hilangkan Kulat & Bau Busuk Dalam Peti Sejuk, Guna 2 Bahan Je

Selain itu, beberapa industri menjadi peneraju terhadap kenaikan gaji di Malaysia pada tahun ini. Industri berkenaan adalah industri tenaga dan teknologi tinggi masing-masing telah mencatat peningkatan gaji median pada 6.5 peratus dan 6.1 peratus.

Seterusnya, perkara ini diikuti dengan sektor  barangan pengguna dan pembuatan yang merekod peningkatan pada 5.0 peratus.

Walau bagaimanapun, industri sains hayat yang mencatat kenaikan gaji tertinggi pada 2022 iaitu, 7.7 peratus sebelum ini mengalami penurunan.  Industri ini telah mencatatkan penurunan pada 4.3 peratus pada 2023.

Manakala, sektor kelengkapan pengangkutan pula merekodkan kenaikan terendah iaitu, pada 3.6 peratus bagi tahun ini.

“Pada 2022, penggiat utama dalam industri tenaga telah mencatat keuntungan dan melaburkan semula sebahagian daripada pertumbuhan pendapatan untuk menambah baik strategi pampasan mereka bagi menarik dan mengekalkan bakat terbaik.

“Kenaikan gaji bagi industri berteknologi tinggi pula, sebahagian besarnya dipacu oleh lonjakan permintaan dalam kemahiran digital dan teknologi seperti data raya dan kecerdasan buatan di Malaysia,” kata Koay.

Dari segi bayaran bonus di seluruh industri pula, kajian mendapati nilai median yang konsisten dengan purata 2.2 kali ganda gaji pokok bulanan.

Dalam pada itu, sektor perkhidmatan bersama dan penyumberluaran telah mengekalkan unjuran bonus tertinggi sebanyak 2.4 bulan.

Namun begitu, industri runcit pula dijangka mengalami penyusutan ketara daripada 2.5 bulan pada 2022 kepada 1.5 bulan pada 2023.

Pelarasan ini menunjukkan paras bonus kembali seperti sebelum pandemik apabila syarikat runcit memberi bonus lebih tinggi berbanding biasa pada 2022.

Sementara itu, sektor teknologi tinggi mencatat kenaikan ketara bagi unjuran bonus. Pemberian bonus direkodkan telah meningkat kepada 2.2 bulan pada tahun ini berbanding 1.8 bulan pada tahun lepas.

BACA: Baru Perasan, Rekaan Bumbung Plaza Tol PLUS Rupanya Berbeza-beza, Ini Alasannya

Sumber: Sinar Harian

The post Kajian Mercer Tunjuk Purata Gaji Di Malaysia Dijangka Naik 5.1 Peratus Pada 2024 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*