Betul Ke Air & Makanan Panas Boleh Rosakkan Peti Sejuk? Ini Jawapan Abang ‘Pomen’

air panas peti sejuk

Betul Ke Air & Makanan Panas Boleh Rosakkan Peti Sejuk? Ini Jawapan Abang ‘Pomen’

Dalam dunia serba moden kini, kemudahan teknologi sangat diperlukan dalam kehidupan bagi memudahkan kerja harian kita.

Kemudahan teknologi seperti peti sejuk sudah menjadi keperluan utama dalam setiap rumah di negara kita.

Selain membantu memudahkan kerja menyimpan bahan makanan, peti sejuk juga penting untuk memastikan bahan makanan yang disimpan bertahan lebih lama.

Sebagai contoh bahan makanan mentah seperti ayam, daging, ikan dan lain-lain lagi perlu disimpan ditempat penyimpanan beku peti sejuk. Jika peti sejuk ada di rumah anda, kekerapan untuk membeli stok makanan juga dapat dikurangkan.

Namun begitu, anda pernah dengar tak cakap-cakap orang dahulu berkenaan pantang larang menggunakan peti sejuk?

Yang paling popular adalah air panas atau makanan panas tidak boleh terus dimasukkan ke dalam peti sejuk. Nanti peti sejuk akan cepat rosak.

Justeru, penulisan pada hari ini akan berkongsikan tentang mitos atau cakap-cakap orang dahulu tersebut.

Perkongsian tersebut telah dibuat oleh seorang ‘pomen’ di akaun TikTok bernama @hairulvcool miliknya.

Menurutnya, apa yang dikatakan oleh orang-orang dahulu berkenaan perkara tersebut adalah benar belaka.

Jika anda memasukkan air panas atau masakan panas terus ke dalam peti sejuk maka ia akan menyebabkan peti sejuk anda rosak.

Kredit TikTok

Perbuatan itu akan menyebabkan dua komponen dalam fungsi peti sejuk rosak dan tidak dapat beroperasi dengan baik.

Komponen pertama yang dimaksudkannya adalah thermo fius. Sebagai contoh apabila kita kerap masukkan barang panas ke dalam peti sejuk, fius tadi mungkin akan terputus dan terbakar.

Kredit TikTok

Ini kerana kemasukan barangan panas tadi akan menyebabkan perubahan suhu yang mendadak dalam bahagian tersebut. Lalu menyebabkan thermo fius mungkin akan terbakar atau putus.

Kredit TikTok

Di setiap thermo fius tertulis suhu bagi kegunaan peti sejuk tersebut iaitu 73 darjah celcius. Bermaksud bila barang panas masuk dalam peti sejuk dengan kerap ada kemungkinan fius akan terputus.

Apa jadi kalau fius terputus?

Peti sejuk anda mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik dan ia tidak akan sejuk lagi.

Kemungkinan kedua akibat kekerapan masukkan barang panas dalam peti sejuk adalah kompresser boleh rosak.

Sewaktu anda masukkan barang panas tadi ke dalam peti sejuk, perubahan suhu akan berlaku dan menyebabkan kompresser akan running untuk sejukkan semula suhu.

Selagi suhu tidak sejuk, kompresser akan terus running tanpa henti. Kompresser akan hidup luar biasa daripada kebiasaan fungsi yang sepatutnya, ini yang menyebabkan kompresser peti sejuk anda cepat rosak.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Jadi betullah apa yang orang-orang dahulu cakap yang peti akan rosak kalau masuk barang panas dalam peti sejuk. Sudah tahu kan? Lepas ni jangan masukkan lagi barang panas dalam peti sejuk kalau nak peti sejuk anda tahan lama.

Diharap perkongsian pada kali ini dapat memberi ilmu kepada pembaca tentang peti sejuk yang berada di rumah anda.

@hairulvcool

Air panas jangan letak dalam peti sejuk! #membaikpulihmesinbasuhdanpetisejuk #diyje #hairulvcool #fyp #vfarm #kelasvip

♬ original sound – Hairul Vcool – Hairul Vcool

Sumber: TikTok via @hairulvcool

The post Betul Ke Air & Makanan Panas Boleh Rosakkan Peti Sejuk? Ini Jawapan Abang ‘Pomen’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*