Gitar Rosak Milik Kurt Cobain Berjaya Dijual RM2.7 Juta

Gitar Kurt Cobain

Gitar Rosak Milik Kurt Cobain Berjaya Dijual RM2.7 Juta

Sebuah gitar elektrik yang dihancurkan oleh Kurt Cobain di sebuah studio rakaman telah berjaya dijual pada harga USD595,900 (RM2.7 juta) dalam lelongan, lapor Sky News.

Gitar jenis Fender Stratocaster berwarna hitam tersebut telah rosak semasa pembikinan album hit Nirvana Nevermind. Harga jualan tersebut dikatakan meningkat lebih 10 kali ganda daripada nilai anggaran asalnya.

Cobain dikatakan menghancurkan instrumen itu semasa merakam lagu Endless, Nameless yang merupakan lagu terakhir dalam album 1991.

Gitar itu kemudiannya dicantumkan semula namun sudah tidak boleh dimainkan lagi.

Instrumen enam tali itu menampilkan tandatangan Cobain bersama-sama rakan kumpulan Krist Novoselic dan Dave Grohl.

Ia juga termasuk tulisan tangan Cobain yang ditujukan kepada mendiang penyanyi Screaming Trees, Mark Lanegan yang meninggal dunia tahun lalu di usia 57 tahun.

Cobain menulis: “Hell-o Mark! Love, Your Pal, Kurdt Kobain washed up rock star”.

Kredit Sky News

Penyanyi Amerika itu turut menconteng perkataan “Boddah Lives” pada plat belakang gitar tersebut yang merujuk kepada rakan khayalan zaman kanak-kanaknya.

Gitar yang dijual oleh Julien’s Auctions di Hard Rock Cafe di New York pada hujung minggu lalu telah diberikan kepada Lanegan semasa jelajah Nevermind Nirvana pada akhir 1992.

Senarai set tulisan tangan daripada persembahan sulung kumpulan itu iaitu Smells Like Teen Spirit juga dijual dalam lelongan yang sama. Ia telah dijual pada harga USD50,800 (RM234,000).

Cobain yang menamatkan riwayatnya sendiri pada tahun 1994 pada usia 27 tahun, telah memecahkan gitar itu semasa kerjayanya.

Penjualan gitar itu dibuat selepas Fender Mustang 1969, yang pernah digambarkan Cobain sebagai gitar kegemarannya “di seluruh dunia”.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Terdahulu, syarikat media sosial terkenal, Twitter dilapor telah melelong ratusan barangan berharga di ibu pejabat Twitter di San Francisco pada Rabu.

Memetik laporan CNA, sebuah patung burung yang menjadi simbol kepada platform Twitter turut dilelong dengan harga mencecah AS$100,000 (RM430,800). Malah barang-barang lain seperti perabot, hiasan dan peralatan dapur turut dijual dalam lelongan tersebut.

Difahamkan, lelongan yang berjalan secara dalam talian itu dilakukan oleh firma perkhidmatan lelongan, Heritage Global Partners selama lebih daripada 24 jam.

Antara barang-barang lain yang turut dilelong adalah mesin espreso, meja ergonomik, televisyen, pengecas basikal elektrik, ketuhar piza dan hiasan berbentuk tanda ‘@’.

Sumber: Sky News

The post Gitar Rosak Milik Kurt Cobain Berjaya Dijual RM2.7 Juta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*