Bibir Penyerang Bayern Munich, Leroy Sane Luka Bergaduh Dengan Sadio Mane Dalam “Locker Room”

Sadio Mane Leroy Sane bergaduh

Bibir Penyerang Bayern Munich, Leroy Sane Luka Bergaduh Dengan Sadio Mane Dalam “Locker Room”

Penyerang Bayern Munich, Sadio Mane dan Leroy Sane dilaporkan bergaduh sesama sendiri dalam bilik persalinan berikutan kekalahan suku akhir UCL kepada Manchester City pada malam Selasa lalu.

Memetik Independent, kedua pemain itu dikatakan bergaduh semasa akhir perlawanan yang menyaksikan Bayern Munich kalah 3-0.

Kekalahan itu menyebabkan anak buah Thomas Tuchel terpaksa kerja lebih keras pada perlawanan kedua di Jerman minggu depan.

Menurut media Jerman, ketegangan antara dua pemain itu memuncak sewaktu di bilik persalinan. Pergaduhan itu telah menyebabkan Sane mengalami luka di bahagian bibirnya.

Laporan menunjukkan bahawa Sane meneruskan perjalanannya dengan menaiki bas pasukan setibanya mereka di Munich, manakala Mane bergerak secara berasingan.

Mane, yang bergelut untuk menyertai Bayern sejak ketibaannya dari Liverpol musim panas lalu, tidak menunjukkan prestasi terbaiknya.

Beliau telah diturunkan dari bangku simpanan untuk menggantikan Jamal Musiala pada minit ke-69.

Sane telah turun memulakan perlawanan menentang bekas kelabnya itu. Kelab yang dia tinggalkan pada 2020 lalu untuk bergabung dengan gergasi Jerman itu.

Bekas jurulatih Bayern Munich calon utama bagi Chelsea

Terdahulu, bekas jurulatih Bayern Munich, Julian Nagelsmann dilapor menjadi calon utama yang berada dalam radar Chelsea. Ia bertujuan untuk menggantikan Graham Potter yang baru sahaja dipecat oleh Kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Menurut wartawan sukan, Fabrizio Romano, perbincangan mengenai Nagelsmann dipercayai telah dibuat.

“Nagelsmann telah disebut dalam perbincangan dalaman semalam,” katanya.

Fabrizio juga memaklumkan bahawa setakat ini tiada pengesahan mengenai calon lain yang juga disebut bakal menerajui jawatan ketua jurulatih The Blues itu selain Nagelsmann.

“Tiada pengesahan mengenai Mauricio Pochettino setakat ini,” katanya.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Terdahulu, Pochettino didakwa turut menjadi antara calon yang berada dalam radar Chelsea.

Dalam pada itu, Fabrizio juga mendakwa bahawa tiada perbincangan mengenai pampasan dengan Bayern Munich.

Untuk pengetahuan, Chelsea perlu membayar pampasan sekiranya ingin mendapatkan khidmat Nagelsmann kerana kontraknya dengan Bayern masih lagi berkuat kuasa.

Pada 2021, Nagelsmann telah menandatangi kontrak lima tahun dengan kelab itu. Justeru, melainkan ada klausa yang menyatakan sebaliknya, dia masih lagi terikat dengan Bayern sehingga musim panas 2026.

Sumber: Independent

The post Bibir Penyerang Bayern Munich, Leroy Sane Luka Bergaduh Dengan Sadio Mane Dalam “Locker Room” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*