Bimbang Bahaya Menanti, Lelaki Cat Sendiri Tanda Jalan

lelaki cat tanda jalan

Bimbang Bahaya Menanti, Lelaki Cat Sendiri Tanda Jalan

Seorang lelaki bertindak mengecat sendiri tanda di jalan raya yang menuju ke bulatan di persimpangan Manchester Road dan Northwich Road di Knutsford.

Memetik laporan BBC, lelaki yang berusia 71 tahun itu memutuskan untuk berbuat sedemikian selepas melihat ramai pemandu keliru ketika melalui jalan tersebut.

Menurutnya,  tanda jalan asal telah dialihkan semasa kerja pembaikan elektrik kira-kira setahun lalu dan belum lagi diganti.

Merayu Kepada Pihak Tertentu Mengenai Tanda Jalan Raya

Peter Sharatt berkata dia telah menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan mengenai isu itu tetapi menerima maklum balas yang ‘tidak membantu’. Pihak tersebut dipercayai tidak menyatakan bila tanda itu akan dikembalikan.

BACA JUGA: “Terus Bawa Ke Kaunter,” Sikap Jujur Pemandu Bas Pulangkan Beg Penumpang Dipuji Ramai

 

“Saya faham, kelewatan yang berlaku adalah disebabkan mengenai kos tapi ia perlu dipertimbangkan kerana kawasan itu sangat bahaya,” katanya.

Selepas memutuskan untuk menyelesaikan sendiri masalah itu, dia membeli beberapa tin cat semburan dengan harga £8 setiap satu dan memakai jaket untuk melukis tanda itu.

Tambahnya, dia meluangkan masa kira-kira 40 minit mengecat tanda itu serta meletakkan empat kon lalu lintas untuk melindungi kawasan itu ketika dia melakukan kerja tersebut.

“Tanda jalan ini perlu dicat dengan segera, ia perlu dititikberatkan,” jelasnya lagi.

BACA JUGA: Lelaki Tampal Sendiri Jalan Berlubang, Bimbang Anak Kemalangan

Terdahulu, situasi hampir sama turut berlaku di Indonesia apabila seorang lelaki bertindak menampal sendiri jalan berlubang kerana risau jika anak perempuannya kemalangan.

Difahamkan, anaknya menggunakan jalan itu setiap hari untuk pergi ke tempat kerja.

Dia menggunakan bahan sementara yang dimiliki sebagai alternatif untuk menutup lubang-lubang di jalan berkenaan.

“Saya gunakan apa sahaja alat dan bahan sementara yang boleh digunakan untuk menampal lubang jalan.

“Saya cuma risau anak saya yang ulang-alik bekerja di bandar disebabkan menggunakan jalan ini setiap hari.

“Saya lihat keadaan jalan terdedah kepada risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya. Tambahan lagi, faktor jalan itu yang rosak dan berlubang,” katanya.

BACA JUGA : Jangan Tekan Serentak, Ini Rupanya Fungsi Dua Butang Pam Pada Mangkuk Tandas

Sumber : BBC News 

The post Bimbang Bahaya Menanti, Lelaki Cat Sendiri Tanda Jalan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*