Mayat Bayi Perempuan Ditemukan Terdampar Di Pantai Queensbay

mayat bayi queensbay

Mayat Bayi Perempuan Ditemukan Terdampar Di Pantai Queensbay

GEORGE TOWN, (Bernama) — Pengunjung Pantai Queensbay di Bayan Baru dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi perempuan ditemukan terdampar di kawasan pesisiran pantai itu semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan jasad bayi malang itu dalam keadaan bogel dan sempurna pada 5.55 petang.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mayat bayi perempuan yang dijumpai itu disyaki dihanyutkan oleh arus laut sehingga terdampar di tepi pantai tersebut.

“Mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi pihak polis atau tampil di balai berdekatan untuk membantu siasatan.

Terdahulu, media melaporkan polis mengesahkan penemuan mayat dalam keadaan disimen di dalam sebuah kolah di sebuah rumah di Kampung Pendamar Klang, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi berkata kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mayat dipercayai wanita itu kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat yang dijangka selesai (bedah siasat) esok,” katanya.

Menurut Hussein setakat ini belum ada tangkapan dibuat berkaitan kes itu, namun pihaknya sedang menggiatkan usaha mengesan dua lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan penemuan mayat berkenaan.

Sumber: BERNAMA

The post Mayat Bayi Perempuan Ditemukan Terdampar Di Pantai Queensbay appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*