Bincang Semula Kadar Gaji, Upah Penjawat Awam Bila Kewangan Negara Bertambah Baik – PM

Kadar gaji penjawat awam

Bincang Semula Kadar Gaji, Upah Penjawat Awam Bila Kewangan Negara Bertambah Baik – PM

KOTA KINABALU, 28 Feb (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar gaji dan upah penjawat awam akan dibincang semula setelah ‘kantung’ kewangan negara bertambah baik selain defisit kewangan negara dapat dikurangkan.

Perdana Menteri berkata secara peribadi, beliau tidak berpuas hati apabila melihat kadar gaji dan upah penjawat awam berbanding tugas serta komitmen yang diberikan namun ia perlu dinilai berdasarkan kemampuan kewangan negara ketika ini.

“Kalau kantung bertambah baik defisit dikurangkan, kita boleh (naikkan gaji serta upah), dan sekarang bila saya tengok penjawat awam buat kerja baik antaranya di negeri kemudian hasil bertambah, proses itu boleh dipercepat.

BACA JUGA: Kenaikan Gaji Penjawat Awam Boleh Sebabkan Defisit Tinggi – PM Anwar

“Cuma untuk hari ini saya fikir sukarlah, itu nanti kita bincang dahulu,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat kepada penjawat awam negeri dan Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

Sumber: Bernama 

The post Bincang Semula Kadar Gaji, Upah Penjawat Awam Bila Kewangan Negara Bertambah Baik – PM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*