Bintang Tenis Menangis Masa “Interveiw”, Nak Derma Wang Kemenangan Kepada Rakyat Palestin

Bintang tenis derma palestin

Bintang Tenis Menangis Masa “Interveiw”, Nak Derma Wang Kemenangan Kepada Rakyat Palestin

Bintang tenis Tunisia, Ons Jabeur dalam ucapan penuh emosinya mengumumkan akan menderma sebahagian daripada wang hadiah WTA Finals yang dimenanginya kepada rakyat Palestin.

Ucapan itu dibuat Jabeur selepas meraikan kemenangan pertamanya dalam kejohanan tersebut yang berlangsung di Cancun.

Bekas pemain nombor dua dunia Tunisia itu berjaya menebus semula kekalahannya sebelum ini di tangan pemain Marketa Vondrousova dengan kemenangan 6-4 dan 6-3.

Dalam wawancara meraikan kemenangan itu, Jabeur gagal menahan air matanya ketika bercakap tentang konflik yang sedang berlaku di Gaza.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini tetapi saya tidak begitu gembira kebelakangan ini. Situasi di dunia tidak menggembirakan saya,” kata finalis grands slam tiga kali itu.

Memberi ucapan dalam sebak

Menerusi video muat naik ucapan itu, Jabeur dirakam berhenti seketika untuk memberikan ucapan bagi menenangkan dirinya.

“Saya rasa… saya minta maaf,” kata Jabeur sambil menenangkan dirinya.

“Sangat sukar melihat kanak-kanak dan bayi mati setiap hari. Ia sangat menyayat hati. Saya telah memutuskan untuk menderma sebahagian daripada wang hadiah saya untuk membantu rakyat Palestin. Saya tidak boleh gembira dengan kemenangan ini.

“Ia bukan mesej politik, ia adalah perikemanusiaan. Saya mahukan keamanan di dunia ini. Itu sahaja,” akhiri Jabeur dalam wawancara tersebut.

Perkongsian wawancara Jabeur di TikTok oleh Vice News itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mereka juga dilihat meninggalkan komen mereka yang memuji tindakan kemanusiaan yang dilakukan oleh pemain tenis tersebut.

BACA: Sekiranya Dilaksanakan Tahun Depan, PLKN 3.0 Untuk Mereka Yang Lahir Pada 2007 Sahaja

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Kita memerlukan lebih ramai bintang dan personaliti sukan untuk tampil dan bersuara seperti ini,” tulis seorang netizen.

“Pemimpin dunia telah mengecewakan kita. Sekarang waktunya untuk masyarakat menentukan apa yang sebetulnya. Saya memuji wanita ini kerana mementingkan kemanusiaan,” tulis seorang netizen yang memuji Jabeur.

“Ia meruntunkan jiwa saya, saya sedang menangis sekarang. Semoga tuhan merahmatinya,” tulis seorang lagi netizen mendoakan kesejahteraan Jabeur.

@vicenews

Tunisian tennis star Ons Jabeur says she will donate part of her prize money from the Women’s Tennis Association finals to Palestinians amid the ongoing war in Gaza. #tennis #womenstennis #sports #sportplayer #womenssports #onsjabeur #ons #cancun #wta #womenstennisassociation #womenstennisplayer #winner #prizemoney #donations

♬ original sound – VICE News

Sumber: The Guardian, TikTok/@vicenews

The post Bintang Tenis Menangis Masa “Interveiw”, Nak Derma Wang Kemenangan Kepada Rakyat Palestin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*